Isnin, 15 Jun 2009

Kuiz Kesihatan

Esok 17 Jun aku ditugaskan menjadi JuruKuiz Kesihatan di SK Sg Pasir Kecil, tak tau lagi jalannya kerna itu pertama kali aku akan kesana.... apa pun cubalah moga semua akan berjalan dengan lancar dan sukses....

Sabtu, 13 Jun 2009

bercuti ke kelantan

Minggu kedua cuti aku bersama anak-anak dan suami pulang kekampungnya untuk melawat bapa mertuaku yang telah tua. anakku yang bongsu beria-ia hendak balik rumah tokwan dan jumpa sepupunya aiman..... penat tapi puas dapat melayan anak-anak mandi pantai dan singgah ke pasar Wakaf Che Yeh, banyak gerai dan ramai yang membeli belah, kebetulan cuti sekolah. Tengok barang semua nak beli kerna harganya agak murah berbanding tempat sendiri terutamanya tudung ekin.... tudung permaisuri.dll.............

Kalau kesana tentu semua tak akan lepas peluang ......

Sabtu, 6 Jun 2009

Bercuti ke Phuket

pandangan dari bilik hotel di Phuket


Selama 4h 3mlm saya dan partner bercuti ke Phuket.Ini kali pertama saya ke sana tapi suami dah biasa pergi. seronok juga tapi badan penat sebab pergi dengan bus.Join rakan-rakan pergi dalam group.Melawat Patong Beach, tempat tsunami, Kata Beach, sekolah Muslim Wittara School, Bangla Road, Kilang beg,dll. Kami juga pergi snorkling ke Phi Phi Island. Balik singgah di Hatyai. Penat badan tak terkira. Hari ni ke rumah kenduri 4 buah rumah rakan suami.


Pulau batu sebelum tiba ke Phi Phi Island