Rabu, 31 Disember 2008

Beli Pin PTPTN

Hari ini 1 Januari 2009 aku ke BSN Amanjaya untuk beli pin Ptptn untuk anak lelakiku yang baru masuk uitm. kena lah mohon pinjman sebab tak dapat biasiswa dan tak mampu untuk biaya sendiri. banyak lagi mulut yang perlu diisi. makan gaji berapa sangat yang dapat lainlah kalau kita bisnes besar tak perlu minta pinjaman.....

persiapan terakhir anak

Pagi ni aku bangun awal jam3.30, suamiku ke laut bersama rakannya. Tolong suami bungkus nasi lemak untuk dirinya dan rakan2. Jam 9 aku ke SK Amanjaya beli buku ankku yang tahun 2;Aimi namanya. Beli t- shirt n trek.Kemudian aku ke Bank Islambank-in wang untuk anakku Nu`man, then balik terus ke SKBBSL tengok PSS apa yang patut di buat. Kemas sikit bilik yang aku nak habiskan masa di situ. Mujur anak perempuanku Aliaa` turut membantu mengemas dan menyapu sampah. Tahulah dulu penyelarasnya lelaki tak bersih langsung habuk je bila di lap dengan jari.
Jam 12.30 aku balik rumah tengok apa yang patut dibuat. Relaks baca newspaper, hari ni tak masak lunch sbb banyak lagi nasi lemak yang dimasak anak pun tak makan. Senang kalau suami tak ada, makan apa yang patut untuk diet... kan..

Ahad, 21 Disember 2008

Beli baju sekolah

Semalam 21 Disember aku dan suami ke shopping complex membeli pakaian sekolah anak Rata-rata harganya mahal tak setimpal dngankualiti barangan. itulah peniaga nak untung je. Keluar jam lima balik rumah hampir jam 11 malam, semua settle kecuali buku sekolah anak perempuanku yang di tahun 2, 30 Disember akan beli di sekolah barunya SK Amanjaya.Semua serba baru sebab dua anakku bertukar sekolah kerana nak memudahkan aku menguruskan persekolahan sekolah mereka .uamiku sentiasa sibuk sampai tak nak masukkan anaknya sama sekolah dengan nya dengan pelbAGAI ALASAN. aNAKKU YANG BUNGSU MASIH TADIKA DI KAMPUNG DENGAN EMAK,kesian hujung minggu baru balik rumah kat sungai petani.Ibu bapa sibuk sampai anak-anak pun tak sempat nak diurus.

Rabu, 17 Disember 2008

mesyuarat sek.

semalam patutnya aku ke sek kerna ada mesyuarat guru tapi disebabkan aku ada exam semester aku mohon izin gb tak dapat hadir. hari ni aku ke sek. mesyuarat ajk kurikulum ; aku ada tugas baru tahun ini sebagai penyelaras pss. aku akan buat pembaharuan supaya nampak ada orng baru yang mengurus pss.`buatlah sesuatu yang baru yang menunjukan kita ada disitu' kata gb aku. "I will try the best". Aku mesti buktikan aku bole buat.

Isnin, 15 Disember 2008

lagu nostalgia

semalam aku dan suami ke Penang menonton pertandingan lagu 2 P. Ramlee dan saloma yg disertai oleh rakan suamiku yg sama2 belajar di UPSI.Aku puas hati dapt ke sana kerana mulanya suamiku tak hendak ke sana, setelah dipujuk akhirnya beliau setuju . Tahniah kepada rakannya Yati Rasul kerna mendapat tempat ke 2 dlm pertandingan pskpp peringkat kebangsaan semalam.
Semua lagu yang dinyanyikan sedap2 belaka. Kami pulang ke SP dan sampai dirumah kira2 jam 1 pagi. Walaupun letih tapi hati puas dan seronok.

Ahad, 7 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam untuk semua.
Hari ini banyak mengajar kita erti kesabaran dan pengorbanan. Dugaan yag datang anggaplah sebagai cabaran hidup kita di muka bumi ini.
Terima kasih semua.