Jumaat, 3 Disember 2010

Khamis, 7 Oktober 2010

Sekolahku

Dah hampir setahun aku di skklt dan banyak perkara yg ku pelajari...perjuanganku masih lagi belum selesat......

Aku perlu buat sesuatu yg boleh membanggakan sekolah dan anak didikku...

Sabtu, 18 September 2010

Hari Raya


MY BIG FAMILY!!!
at MY VILLAGE... =)

Salam Eidul Fitri kpd semua yg mengenali diri ini.....................
Maaf Zahir dan Batin...

Isnin, 2 Ogos 2010

HAC SKKLT 2010

MINGGU INI PALING SIBUK DENGAN KERJA HAC. BANYAK YANG PERLU DIPANTAU SUPAYA PERJALANAN MAJLIS BERJALAN LANCAR. TERIMA KASIH KEPADA GURU2 YANG SETIA MEMBANTU.

Ahad, 6 Jun 2010

Kenduri

Kelmarin, hari ini, esok dan seterusnya ada saja org kahwinkan anak... cuti skolah ramailah yg adakan kenduri kahwin....
Musim cuti ni anak2 yg kecil tak nak ikut ke rumah org kahwin... so aku dan hubby je yg pergi....

Ahad, 23 Mei 2010

kawad kaki peringkat daerah

SKKLT telah menjadi johan daerah dan layak ke peringkat negeri.Keputusan peringkat negeri belum dimaklumkan oleh ppd kmy...berjayakah atau tewas ?........

Rabu, 28 April 2010

Latihan kawad

April , bulan yang sibuk dengan aktiviti walau pun memantau tapi sibuk tetap sibuk. Dengar2 pertandingan pertengahan Mei ni , kesian budak-budak tahun 6 , 5 n 4 .Exam pertengahan tahun pun bulan Mei nanti...... study ye jangan dah penat berkawad homework cikgu beri tak buat..... o the best..

Khamis, 22 April 2010

19 RAMD

Hari ni aku ke 19 RAMD untuk memohon menggunakan padang kawad untuk pasukan kawad skklt peringkat daerah. Pertama kali dalam hidup masuk ke kws 19 Melayu bertemu pihak atasan tentera . Kita mesti bahasakan diri mereka` tuan' bukan encik seperti selalunya kita sebut bila ke pejabat kerajaan. Rasanya ok je , taklah takut ; kita dilayan dengan baik sekali.
Terima kasih kerana membenarkan skklt menggunakan padang kawad.

Jumaat, 9 April 2010

Klinik Hoki MSN-KPM-PHM

Hari ni aku ke stadium hoki mpspk untuk menghantar anakku anas ke klinik hoki anjuran MSN...peluang ini di ambil kerana klinik ini dikendalikan oleh Paul Lesset bekas jurulatih pasukan Malaysia....
Esok ada lagi latihan bagi klinik hoki ini.....mujur anas tiada sekolah ganti esok...tapi aku ada sekolah ganti... semuanya perlu dibereskan sebab partner out station...

Khamis, 8 April 2010

penalti

Hari ini 8/4/2010 mencatat sejarah pasukan hoki lelaki skbbsl menang dalam ketiga2 perlawanan dengan pukulan penalti.Bermain bermati-matian tetapi gol penentuan ialah pukulan penalti. nasib menyebelahi skbbsl. Johan bawah 12 tahun lelaki peringkat daerah kmy 2010.
Tahniah!!!!!!...

Jumaat, 26 Mac 2010

keje.....keje..

keje banyak nak dibuat tapi mod tak dak pula,..buku pun perlu di baca untuk exam... satu keje pun tak jadi..... rasa tak bersemangat je.....Bangun.... bangun....

Jumaat, 12 Mac 2010

cuti sekolah

Murid becuti tapi guru ada yang tak cuti, perlu ke sekolah. nama je cuti tapi kerja tak pernah habis.... so jadilah yang terbaik antara terbaik....

Jumaat, 5 Mac 2010

selesai

Alhamdulillah beres kerja yang patut dibuat utk dihantar esok.
mungkin akan ke SK Patani Jaya tengok murid tadarus quran. Lepas tu ke ke kuliah jam 10.00pagi.

Ahad, 28 Februari 2010

Sibuk persiapan perkahwinan adik

Minggu ni walaupun ada cuti tapi sibuk membantu mak dan adik mengemas rumah dan persiapan menjelang hari perkahwinannya. Banyak perkara yang hendak di buat disamping asgmt yang belum siap lagi untuk di hantar minggu depan. Kalau ada sesiapa yang mengenali diri ini jemputlah ke rumah di F565 Kg Berapit Tikam Batu, Sg petani pd 20 Mac 2010 (Sabtu).

Ahad, 14 Februari 2010

cuti

minguu ni semua anak2 balik cuti tahun baru cina. selalunya semua sibuk dengan kerja masing2..............rasa seronok sebab lama tak berjumpa....

tq

Jumaat, 5 Februari 2010

berapit

Hari ni aku dan anak2 balik ke rumah mak d T.batu....walaupun jarak agak dekat tapi aku jarang balik sebab sentiasa sibuk..... Pagi tadi aku ke sana selepas anak perempuan sulung habis duduki exam komputer untuk kelas memandu.Alhamdulilah beliau lulus. Tahniah. Pukul 6 ptg kami balik ke SP sbb anak2 ada kelas AlQuran malam ni.... partner belum balik sbb ada kelas di UPSI, mungkin besok pagi baru sampai rumah.Kesian dia penat.... x cukup rehat.

Khamis, 28 Januari 2010

tugasan Terakhir

Soalan dah pun dapat untuk tugasan terakhir 2 paper tapi belum pun mula; 2paper perlu buat soft copy MSPowerpoint dan hard copy. Siapalah nak bantu buat soft copy ict ni tak begitu mahir sangat.................. I wil do the best last semester ni... Doa-doakan lah ye.....
Amin.........

keputusan?

Hari ni dapat arahan dari PPD arah batalkan Hari Sukan pada bulan Feb. ni,.plan telah lama buat, surat dah dihantar untuk semua urusan tiba-tiba datang pula arahan minta batalkan. Harap2 bila GB pergi mesyuarat pada hari Isnin dapat luahkan apa yang sekolah telah buat persediaan untuk Sukan pada 24 Feb. nanti. Banyak sekolah yang rancang akan adakan sukan pada tarikh tersebut.
Pening kepala dibuatnya.............dia orang di atas main arah je....

Sabtu, 23 Januari 2010

Persediaan Hari Merentas Desa 2010

Satu mesyuarat akan diadakan bagi menjalankan aktiviti merentas desa pada 8 februari nanti. Kerjasama semua guru diucapkan terima kasih...........

Jumaat, 15 Januari 2010

kuliah bermula

Esok kuliah akan bermula, rasa tak sabar nak tamat kelas .cuma tunggu sem. ni nak habiskan.........banyak keje nak bereskan , sekolah, rumah, kuliah , anak2...........everthing must do the best.........

Selasa, 12 Januari 2010

Rutin

Minggu ni dan seterusnya aku perlu berpakaian sukan setiap hari Isnin hingga Rabu , ada kelas PE. Sibuk sikit sbb sukan tahunan akan dijalankan dalam bulan Feb. ni. terima kasih kepada guru-guru yang membantu..............~ Work together'. Kelas U pun akan bermula minggu ni............ biarlah cepat2 tamat.............. banyak komitmen yang perlu dibuat....

Sabtu, 2 Januari 2010

boring

Hari ni aku hanya di rumah buat apa yang patut , masak, cuci baju dll
esok seklah akan bermula di kedah anak bongsuku tak sabar nak ke sekolah ; teruja masuk tahun satu.nampaknya yang tahun 3 n 5 kena naik bas sekolah sbb haluan kami tak sehala tahu 2010.
Anyway I wil do the best for my family n school, skklt.