Isnin, 28 Disember 2009

mesyuarat

Esok giliran aku handle mesyuarat koko untuk guru2 sk kem, harap-harap dapat kerjasama semua guru supaya dapat mencapai halatuju untuk mencapai sekolah kem yg unggul & terbilang di negeri kedah.
sentiasa sibuk dekat sekolah nak buka ni, buku2 anak belum lagi di beli ;tarikh nya sama dengan mesy. yang terpaksa dihadiri.............tengoklah macam mana nanti..........

Sabtu, 19 Disember 2009

lega sekejap

Lega sekejap rasanya bila exam biomekanik dah selesai hari ni ttp ada lagi yang belum selesai penulisan kajian `touchpup` akhir.......... dan juga pengurusan kk untuk sek. perlu disiapkan minggu ni.......... boyfriend pula sibuk dengan sek n kelasnya..........

Jumaat, 18 Disember 2009

biomechanics

Besok aku akan hadapi exam biomekanik yang modulnya dalam b.inggeris, aku baca apa yang faham saje, x tau la soalannya macam mana boleh ke menjawabnya esok.... apa pun aku berdoa agar dipermudahkan Allah esok hari.................. Amin............salam Maal Hijriyah...

Isnin, 14 Disember 2009

hiburkan anak2

Jumaat lalu aku dan suami membawa anak2 bercuti ke kl tanah tempat kelahiran mereka. setiap tahun kami akan mencari ruang untuk bercuti ke kl. Dalam perjalanan suamiku mencadangkan kami naik dulu ke puncak genting sebab semuanya belum pernah menaiki cable car walaupun telah ke GH dah beberapa kali. ternyata anak bongsuku amat seronok menaiki cable car walaupun pada mulanya rasa takut.....Ramainya orang ambil masa hampir 1 jam berbaris untuk menaiki cable car. 2008 kami ke langkawi katanya nak naik cable car kat gunung matcincang tapi sebab ramai sangat orang kami batalkan, hanya tengok orang saja...........then kami teruskan perjalanan ke kl. ini satu lagi anak bongsuku suka naik `train' berulangkali nak naik.........kebetulan suami ke UPSI dengan urusannya aku dan anak2 naik train; padaku itu perkara biasa sebab masa aku di kl selalu naik bas mini, teksi, putra lrt, jadi tak rasa takut walaupun tidak lagi menetap di kl. Nostalgia kepada anak2 , suami n aku..............

Jumpa lagi kl !!!!!!!!

Selasa, 1 Disember 2009

Temu janji

Malam ni aku akan buat temu janji dengan penyelia kajian nak berjumpa. Aku pergi bersama dengan my partner kat `chenai' nanti.........
Masalahnya skrg keta aku masih lagi di w`shop. x dapat kemana2........... stay kat umah je.......

Isnin, 30 November 2009

selamat hari lahir

Selamat hari lahir sayang moga panjang umur dan sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat.
Lakukan sesuatu dengan ikhlas jujur dan amanah. Sayang dan anak2 sentiasa menyanyangimu sepanjang hayat.................. dah semakin tua kita..............

`Luv U Forever'


Sabtu, 28 November 2009

sunyi

Hari ni semua anak2ku kembali ke tempat mereka masing2 selepas 3 hari cuti raya aidiladha. Alia kembali untuk menyambung exam spmnya, aim dan iman kembali ke kl memenuhi tugas masing2. aku ? masih lagi banyak kerja yang belum dibereskan yang perlu difikirkan.
Harapanku anak2 dalam keberkatan allah dan sentiasa dilindungi, keluarga n suami aku sayang kalian semua.............
Luv U all............

Rabu, 25 November 2009

26 nov`09

Hari ini aku ke sekolah bertugas, awal dah sampai tapi pekerja pejabat belum sampai.......... tunggu hingga jam 8.30 baru mereka sampai.
Guru bertugaspun tak nampak muka lagi hampir jam 9 baru mun cul dah tu balik awal sebelum jam 12.............` bila kucing tak ada tikus pun ambil kesempatan'.......... itulah sikap segelintir dari para guru............ syarat datang je..........

Siapa yang harus dipersalahkan GB, PK atau .............hanya diri sendiri je yang dapat menjawabnya............

Ahad, 22 November 2009

Risau

Hatiku risau dan bimbang takut tak sempat siapkan kajian penyelidikan aku menjelang exam pun pada ketika yang sama dengan penjumpaan dengan tutor penyelia............minta bantuan partner tapi buat tak kisah je.......... bagaimana ye nak .............

Khamis, 19 November 2009

persediaan di hujung tahun

Ada banyak perkara yang perlu dibuat; exam aku awal Disember dan pertengahan Disember, then kerja2 menyiapakan jadual tugas guru untuk koko ...............anakku alia sekarang tengah bergelut dengan spm. tau la cuti ni awal lagi dah ada jemputan 21/11/09 ada 3, then bulan 12 nanti. Sentiasa penuh dengan aktiviti. Anak bongsuku dah menuntut janji dari ayahnya nak pi bercuti........tengoklah bagaimana nanti

Ahad, 15 November 2009

Sekolah Baru

Sekolah baru, teman-teman baru tap aku yang lama, mujur ada seorang yang kukenali ama-sama mengajar di SMKKKM dulu. Kini aku dibarisan pengurusan sekolah so kena buat yang sepatutnya................. komitmen mesti baik begitu juga kerja............... I will do the best."

SEK BARU NI DALAM KEM TENTERA `NAMANYA SK KEM LAPANGAN TERBANG.' SG PETANI, KEDAH.

Sabtu, 31 Oktober 2009

kuliah

hari ni aku ada kuliah so anak2ku tinggal sesama mereka bertiga dirumah. alhamdulillah tiada masalah yang timbul,Tuhan faham apa yang kita lakukan untuk kebaikan anak2 n family.
suami ku di luar daerah sejak khamis lagi.anakku yang bongsu telah ku hantar ke rumah mak petang tadi............jam 7 aku bertolak balik ke sp dari kg........... bukan apa aku tak jelas pandangan ketika memandu waktu malam

Isnin, 26 Oktober 2009

Minggu Exam

Sepanjang minggu ini ada exam sekolah, kafa dan aku juga sibuk dengan asgmt. n exam yang menjelang tiba. Kerja-kerja aku ?............... tentunya belum beres lagi........... perlu buat sendiri.......... x ada orang nak tolong.................harap dapat hantar` on time'

Kerja di sekolah pun perlu juga disiapkan, semak kertas isi markah dalam classmate. satu lagi aku juga perlu online link; tarantula untuk Pss (btp) hari ini tak dapat buat , ada gangguan line........... anyway aku cuba buat yang terbaik..........

Ahad, 18 Oktober 2009

boring dan hilang mood

Kerja banyak yang nak dibuat, asgmt, membaca, ..........tapi x ada mood. Kelas hari ni masa nak balik baru ada.................... itu pun Program Nilam...

Kenapa ye timbul rasa malas...?

Jumaat, 16 Oktober 2009

mesyuarat KGMB kedah

Rata2 guru ke mesyuarat , tunggu sekejap then balik................ x tunggu sampai habis. Aku bersama kawanku Sham p jam 10.00 then ambil elaun kemudian balik. Ramai yang balik............ alasan ada kerja......... biasalah tu.............
sapa nak tunggu cuticuti ni.................

Rabu, 14 Oktober 2009

sakit

sakit mata menyerang anak2ku sejak khamis lalu da kini dah seminggu mereka tak ke sekolah, mujur aku dan suami serta anak yg bongsu tak kena ,syukur alhamdulillah. Minggu depan mereka dah boleh ke sekolah semula.

Sabtu, 3 Oktober 2009

kem motivasi kepimpinan 2009

Aku bersama anak ke kem motivasi di D` OMLAND sg Pasir, dari 1 hingga 3 okt. 2009
HARI NI AKU IKUT JUNGKLE TREKING penat juga sebab dah lama tak ikut p camping.alhmdulillah selamat sampai ke puncak dan turun kembali. jam 3 sampai rumah, cuci baju ,lepas tulis blog ni nak rest jap.........

Isnin, 21 September 2009

Salam Syawal 2009

Slmt menyambut Hari Lebaran kepada semua yang mengenali dan melawat blogku, salam aidilfitri semoga berbahagia bersama keluarga............. .

Sabtu, 5 September 2009

4 sept.2009

semalam suamiku bawa kami anak beranak berbukapuasa dengan anak2 kelantan sg.petani. itu pertama kali disertai suamiku , kebetulan pkhemnya yang perkenalkan dengan persatuan ini.rata2 semua bercakap kelantan; anakku kata,` mak semua cakap kelantan ni,' ye la sebab namanya pun perjumpaan anak kelantan,' kita je yang tak pandai cakap sbb mereka dibesarkan di kuala lumpur dan kedah. Pengerusinya Pengarah Hospital sungai Petani; Dr Haris.

Sabtu, 29 Ogos 2009

semuanya ada...

Hari ini semua anak2 ada di rumah.kesempatan ini kami sekeluarga akan berbuka dikampung; rumah emak di Tikam Batu. anak2ku pulang kebetulan cuti hujung minggu & merdeka day'. hari ni nak berbuka dengan nasi kerabu , daging bakar dan solok lada.....
selamat berposa.....dan berbuka...

Isnin, 24 Ogos 2009

Releks tak juga...

seminggu cuti serta dengan sambutan ramadhan aku rasa kurang sikit kesibukan rutin harianku. Mujur anak perempuan yang F5 cuti boleh juga bantu2 dirumah... Walaupun cuti tapi masih ada lagi tugas yang belum selesai..Besok 1 lagi cabaran iaitu exam PTK perlu dilalui cuma 1 paper je yang tak lepas2.......harap2 tahun depan tak perlu duduki lagi...insyaalah.....

Ahad, 23 Ogos 2009

RAMADHAN KE 2

HARI NI AKU DAN FAMILY BERBUKA KAT RUMAH JE .SEMALAM KAT RUMAH MAK DI TB. HARI NI MASAK IKAN SINGGANG JE , ANAK KU YANG POMPUAN KECIL TU SUKA MAKAN.APA-APA PU SELAMAT BERPOSA MOGA PENUH SEBULAN HENDAKNYA. TEMPAT KU HUJAN JE SEPANJANG HARI, SEJUK DAN MALAS NAK KELUAR RUMAH...

Khamis, 20 Ogos 2009

lega

lega sikit hari ni exam tamat tapi ada lagi on 26 ogos ptk...so kena study lagi...

Selasa, 18 Ogos 2009

study dan layan pengawas pss

Mulai jam 7 aku dah masuk kerja buka library ( everyday) untuk bacaan murid supaya tidak membuang masa dengan hanya berborak di tapak perhimpunan sementara menunggu loceng jam 7.30 pagi.
Aku jalankan aktiviti bacaan jam 7 dan 10 dgn tujuan ~galakan membaca'. Kekadang frust juga kita buka awal pagi tapi sambutan tidak memberangsangkan.... tugas... perlu dijalankan amanah.... amanah....

18.08.2009

18.08.2009 aku cuba siapkan sedikit maklumat dalam E-Nilam dengan dibantu Pengawas PSS, harapan dapat disiapkan sebelum Oktober untuk dihantar laporan ke PKG.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Exam Sem. Mei

Besok aku akan hadapi ujian semester Mei, belum pun baca apa-apa.... hati tak rasa nak tengok buku pun.... rasa ...entahlah...tak ada mood nak study....semuanya perlu aplikasi pemikiran kita sendiri...

Khamis, 13 Ogos 2009

E-Nilam

hari sibuk ini siapkan progran E nilam dalam desktop di bilik guru dan di PSS supaya mudah untuk guru masukkan data untuk laporan akhir tahun ini. Semua guru kelas patut memainkan peranan masing2 untuk membereskan perkara ini. tkasih kpd semua guru yang memberi kerjasama. t.q juga kpd guru data yang membantu.

Selasa, 4 Ogos 2009

Bengkel e- Nilam

esok dan lusa; 5 dan 6 Ogos aku akan menghadiri bengkel Nilam di Pkg Bukit Selambau dengan harapan ada input2 baru yang dapat dijalankan di sekolah.

Jumaat, 31 Julai 2009

jumaat kerja

Hari ni aku ada kelas sbt so, balik lewat jam 12.00 sebab ganti untuk posa nanti..........balik rumah husband dah balik dari main badminton....siap masak lagi alhamdulillah terima kasih.... tapi kena masak juga anak yang bongsu nak makan tomyam..kesian dari minggu lepas lagi minta tapi he kat umah mak ,sekolah, so hari ni barulah dapat dia merasa.............

sedPNY...............perencah dari sempadan.....................

Selasa, 28 Julai 2009

minggu PSS dan exam

Minggu ni aku sibuk dengan aktiviti minggu pss dan juga exam pengesanan Julai, so banyak kerja yang perlu dilakukan.

terima kasih untuk semua guru..........

Sabtu, 11 Julai 2009

Sepetang di Penang

Semalam aku dan family terus ke Penang selepas jumpa anak perempuan sulung di SMT B'worth. Kesempatan ini aku gunakan untuk hadiah untuk aktiviti sempena Minggu Pusat Sumber dari kedai yang agak murah berbanding stationary biasa. Anak lelakiku yang bongsu memang awal-awal lagi menuntut janji dari ayahnya hendak makan `ayam merah' ( tandori). Memang kami tak akan lepas peluang makan tandori di Kapitan tempat yang sedap tandorinya......

Jam sembilan selesai makan dan shopping sedikit kami pun beransur pulang. cadang nak naik jambatan tetapi sampai je dekat lebuhraya jelutong traffic jam, so my partner ambil keputusan patah balik untuk naik feri, pun sama juga kena berbaris panjang...... tapi anakku suka kerna dapat naik feri yang kenderaannya ditingkat atas.....kedua-duanya bawah dan atas hanya untuk kenderaan saje tiada penumpang pejalan kaki.....Jam 11 tiba di rumah semua dah pengsan......mujur hari ni sabtu masih cuti so dapatlah rehat sikit...........

Aku masih banyak yang perlu dibereskan terutama tugasan.... ada 3 paper yang perlu disiapkan termasuk persediaan MSpowerpoint...

Selasa, 7 Julai 2009

Sibuk

seminggu dua ni aku sibuk denga persediaan untuk minggu pusat sumber pada 26 julai hingga 30 julai. harapan semua warga sekolah mendapat manfaat dari minggu ini.

Isnin, 15 Jun 2009

Kuiz Kesihatan

Esok 17 Jun aku ditugaskan menjadi JuruKuiz Kesihatan di SK Sg Pasir Kecil, tak tau lagi jalannya kerna itu pertama kali aku akan kesana.... apa pun cubalah moga semua akan berjalan dengan lancar dan sukses....

Sabtu, 13 Jun 2009

bercuti ke kelantan

Minggu kedua cuti aku bersama anak-anak dan suami pulang kekampungnya untuk melawat bapa mertuaku yang telah tua. anakku yang bongsu beria-ia hendak balik rumah tokwan dan jumpa sepupunya aiman..... penat tapi puas dapat melayan anak-anak mandi pantai dan singgah ke pasar Wakaf Che Yeh, banyak gerai dan ramai yang membeli belah, kebetulan cuti sekolah. Tengok barang semua nak beli kerna harganya agak murah berbanding tempat sendiri terutamanya tudung ekin.... tudung permaisuri.dll.............

Kalau kesana tentu semua tak akan lepas peluang ......

Sabtu, 6 Jun 2009

Bercuti ke Phuket

pandangan dari bilik hotel di Phuket


Selama 4h 3mlm saya dan partner bercuti ke Phuket.Ini kali pertama saya ke sana tapi suami dah biasa pergi. seronok juga tapi badan penat sebab pergi dengan bus.Join rakan-rakan pergi dalam group.Melawat Patong Beach, tempat tsunami, Kata Beach, sekolah Muslim Wittara School, Bangla Road, Kilang beg,dll. Kami juga pergi snorkling ke Phi Phi Island. Balik singgah di Hatyai. Penat badan tak terkira. Hari ni ke rumah kenduri 4 buah rumah rakan suami.


Pulau batu sebelum tiba ke Phi Phi Island




Isnin, 25 Mei 2009

Sem. Baru

Minggu depan walaupun sekolah bercuti tapi aku ada kelas sbt dan kuliah aku bermula 30 Mei ini, tutor baru, buku baru, soalan tugasan pun dah keluar so apa lagi kenalah perah otak nak jawab, tengok tu berat juga.....

Tapi dikesempatan cuti ini aku dan hubby akan ke luar negeri.... dekat-dekat je.....doakan kami selamat pergi dan kembali.....amin...

Rabu, 20 Mei 2009

Hadish Khas

Sempena hari guru aku dihadiahi anugerah khas ( bilik Khas terbaik iaitu PSS) yang dibawah jagaanku. terima kasih kepada pengurusan sekolah yang telah memberi kepercayaan kepadaku, harapan agar dapat jadi pss yang cemerlang ....

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Aku ucapkan selamat hari guru untuk semua rakan yg sama2 satu sek. diSMK St mary KL,SMK seksyen 5 WM KL, smk dato` idris, perak, smkkkm, sksl, skbbsl yang mengenali diriku dan juga cikgu2 yang pernah mengajarku ilmu dunia dan akhirat.

`SELAMT HARI GURU'

Khamis, 14 Mei 2009

Modul Sem ester Mei

Hari ini aku dan Sham ke OUM PPW Kedah untuk ambil modul; selalunya student tak ramai hari ramai pula dah tu selepas berbaris hampir 1 jam modul pula tak ada, itu rakan aku, aku pula hanya dapat 2 je 1 lagi belum ada.... so kena la datang next time..

Selasa, 12 Mei 2009

Kepuasan berbengkel

Bengkel atau kursus yang dijalankan akan meninggalkan kesan sekiranya pelajar dapat membuat atau melakukan apa yang disampaikan oleh fasilitator. Peserta diberi peluang buat penjilidan buku sendiri, aku berasa sungguh puas dan ingin buat lebih lagi.

Begitu juga dengan anak didik kita jika diberi peluang mencuba mereka juga akan rasa seronok dan akan timbul satu kepuasan dalam diri. Walau pun letih tetapi puas dapat pengalaman dan pelajaran yang berkesan.

TQ fasilitator dari IPSAH yang tak jemu memberi tunjuk ajar, penyelaras pkg en. Meskor Tulha moga lain kali kursus yang lebih lagi dapat diberi.

Ahad, 10 Mei 2009

Bengkel Penjilidan Buku

Esok 11 mei aku ada bengkel penjilidan buku di pkg bersama rakan guru dari sekolah lain, 3 hari bengkel tu diadakan. tadi lepas sekolah aku ke stationery cari bahan2 yang perlu dibawa, di sekolah semua bahan tak ada.....terpaksalah p cari sendiri....2/ 3 kedai perlu singgah untuk dapatkan bahan2. ap pun aku puas kerna semua telah lengkap.

Jumaat, 8 Mei 2009

Layan anak

semalam anakku syafiq dan alia call.... mak nk duit.... so petang ni kenalah p jumpa kawanku n jumpa alia kat smt b`worth....
Sapa punya anak tahulah ragam mereka.....kecil lain cara... besar sekolah... lain pula....
semalam hubby outstation so ptg ni dia dah ada boleh p sama2...

Khamis, 7 Mei 2009

rutin biasa

seperti biasa hari jumaat aku ke sekolah ; sbt atau kemas pss... 2 jamkemudian balik rumah masak untuk makan tengah hari,cuci pakaian,kemas rumah dll..

Ingat nak rehat kejap.... partner tak ada outstation....

Isnin, 4 Mei 2009

kembali ke sekolah

setelah dua hari bercuti kini aku kembali ke sekolah......banyak kerja yang perlu dibereskan.
Urus anak2 dan urusan rumah tangga. macam2........................
Cuba tenangkan jiwa dan emosi dan bereskan semua kerja..............

Sabtu, 2 Mei 2009

jiwa kosong

Sabtu cuti lagi tapi jiwaku kosong tiada apa yang boleh diperkatakan walaupun orang lain berseronok bercuti bersama keluarga. aku hanya dirumah menghabiskan masa menanti malam tiba dan esok akan menjelang lagi..... Tiada komunikasi yang berkesan yang dapat dijalankan..................manusia................hanya manusia yang tahu .............. orang yang terlibat je yang tahu...............perasaan, emosi,..........hati...............jiwa................akal yang ...........tabahkan hatimu kawan.............

Khamis, 30 April 2009

cuti 0h cuti

hari ini cuti pekerja tapi aku p kerja juga ada kelas sbt, dan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis-habis.....kot-kot sakit baru dok saje agaknya. selagi boleh bangun dan bercakap semua kerja perlu dibuat dari pagi hinggalah melelapkan mata di malam hari.. siapa nak bantu ? anak..? suami.... pembantu...? jauh sekali.....semua kerja dalaman dan luaran aku kena buat sendiri...
dah nasib badan....itulah dulu tak nak belajar pandai-pandai......jika tidak boleh duduk je semua arah orang yang buatkan............yang baikbaik je ye.....

Rabu, 29 April 2009

Resensi Buku

Tiada apa yang hendak kucatatkan dalm blog 2/3 hariini, hanyasibuk cari biodata pengarang dari internet untuk peryertaan resensi buku pkg yang perlu dihantar sebelum 1/2 mei nanti..

Sabtu, 25 April 2009

mesyuarat KGMB

Pagi-pagi lagi aku bangun siapkan diri hantar anas ke sekolah sebab ada pertandingan nasyid Kump KMY1..........then hantar pula syafiq balik ke uitm dengan bas. selepas itu aku dan suami terus ke alor setar, daftar dan tunggu dengar mesyuarat......lebih kurang 2 jam balik umah tiba jam 2.30 petang .anas dah pun balik dengan ustazahnya..........

Jumaat, 24 April 2009

Bosan

Apa yang membuat seseorang jadi bosan dan tidak bersemangat?.................
Bila semua ini terjadi alamatnya kerja akan tertangguh............ bila nak siap?......... sape nak tolong?.........alahai boring..............bosan.................bored...............

Khamis, 23 April 2009

lawat blog rakan

hari ini aku ambil kesempatan lawat blog2 yang belum aku lawati.........saje cuba penuhi masa yang terluang , boring.............kerja2 rutin tu biasa le..........

Isnin, 20 April 2009

internet slow

Lama juga aku tak tulis dalam blog ni sebab internet kat rumah slow dan buat aku boring nak tunggu lama. aku cuma baca apa yang rakan2tulis je.

Minggu ni aku n anak2 je kat rumah partner pergi kursus. apapun buatlah yang terbaik sepanjang kursus tu ye............
Best kan tempat sejuk.........dan jumpa rakan2...

Isnin, 6 April 2009

Periksa...oh...periksa

Hari ini aku ada exam Kegiatan Profesional( permainan). Malam tadi cuba nak baca apa yang tertinggal tapi tak juga habis. Bila exam pagi ni yang keluar semuanya perlu aplikasi dari guru sedikit saja yang direct. Fikir-fikir balik sepatutnya tak perlu baca semua jenis permainan pilih 3 dah cukup. itulah otak tengah jem apa yang dibuat serba tak menjadi........

May be next time must be carefull and be smart....hu....hu.... ada satu lagipaperyang bakal menyusul....... Esok 7 April sekolah aku sibuk sebagai pusat mengundi DUN Bk. Selambau so dapatlah rehat 1 hari....Harap semuanya berjalan dengan lancar....hari ini jalan-jalan untuk pergi dan balik dari sekolah penuh dengan poster2 calon yang bertanding.....depan IKM SP sesak, polis standby je, jaga lalu lintas katanya ada Dr. M yang beri ceramah.....politik....politik.

Khamis, 2 April 2009

Selesai sudah.......

semalan 2 April 2009 ketua KPM telah hadir dan merasmikan Mesyuarat agung PIBG SKBBSL ke 9. Semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Hari ini aku berjuang untuk menjawab soalan peperiksaan pula, itulah mahasitua ......baca dan cuba ingat setakat yang mampu....

Harapan semoga dapat menjawab dengan baik.

Selasa, 31 Mac 2009

Persiapan menyambut Orang Besar

Hari ini , esok akan terus dibuat persiapan bagi menyambut KP KPM, masing-masing sibuk begitulah bila ada tetamu orang terkenal. Persiapan berminggu-minggu tapi datang hanya dalam 3 jam je....itulahnorang besar sentiasa sibuk..... kita pun sibuk juga kan ? kerja rumah , mengajar, kerja kerani , mengecat dll semua kita yang buat...serba serbi boleh kan...

Ahad, 29 Mac 2009

Pengarah ke skbbsl

Pagi tadi kami didatangi oleh pengarah JPN Kedah membuat tinjauan ttg persiapanmenyambut kedatangan KP KPM pada 2 April nanti. So persiapan fizikal sekolah memang perlu dipantau setiap masa, pentas pun nampaknya dapat kukuh; konkrit lagi sebelum ni kayu je.....

Aku pun siapkan mural di luar bilik pss supaya nampak ceria dan sedap mata memandang.... esok akan sambung lagi...Kerja kita sentiasa berterusan dan tak ada noktah...itulah GURU.... ada saja yang perlu dibuat.... tapi ada orang kata kerja guru releks banyak cuti.. betul ke?

Jumaat, 27 Mac 2009

LAWATAN KPM KE SKBBSL

2 April tarikh bersejarah buat SKBBSL, ketua pengarah pelajaran malaysia Dato Alimuddin akan hadir dan merasmikan mesyuarat agung pibg tahun 2009. Maka persediaan yang rapi perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Semua mesti ikut protokol. Aku sbg MC bersama seorang lagi rakan guru tapi mujurlah dia yang perlu menyediakan teks ucapan aku pembantu je.

Harap semua rakan guru akan bekerjasama menjaga identiti sekolah. Mungkin kesempatan ini diambil sempena musim mengundi bagi DUN Bukit Selambau dalam kawasan kami; sekolah jadi pusat mengundi.

Marah ada, penat pun ada

Hari ini aku bersama rakan sekali lagi ke IPDA untuk amali PJ course yang aku ambil untuk ijazah. Sehari suntuk aku di sana, marah nak tau ? sebab seorang sahaja pensyarah yang disediakan untuk menilai 89 0rang student dengan 2 jenis permainan dan setiap satu permainan dinilai 4 kemahiran.
Aku memilih bola jaring dan Tenis. tunggu punya tunggu aku dan rakan kena tunggu lagi sebelah petang; so pagi tak buat apa2. Petang jam 3 baru mula amali selepas Jumaat.

Akhirnya yang tinggal aku dan 2 orang rakan yang tinggal untuk buat permainan Tenis. Hanya aku, Sham dan bash yang buat pilihan itu. Mereka ikut je aku pilih game,katanya mudah. Memang mudah tapi itulah orang yang paling akhir balik rumah. Datang jam 7 pagi balik pula kul 5 ptg.

Syukur alhamdulillah dah selesai amali cuma exam pula yang dinanti. Terima kasih suami dan anakku Anas yang menjaga adiknya semasa bapanya keluar bermain badminton.

Rabu, 25 Mac 2009

Ubah sikapJangan bertangguh

Hidup kita penuh dengan berbagai kerja yang perlu dilakukan sama ada disedari atau pun tanpa disedari.Buatlah keputusan yang bijak supaya tidak merugikan masa depan kita. dalam kita melakukan kerja di sekolah kita juga perlu utamakan diri kita , jangan lebihkan orang lain sedangkan diri kita terabai dan ketingggalan dalam segala segi. Apa pun yang kita lakukan perlulah dimulakan dengan niat yang baik. Insyaalah Allah akan beri yang terbaik untuk kita.

Isnin, 23 Mac 2009

Relief

Bercakap bab relief ini amat sensitif bagi setiap guru. Walaupun guru itu tiada kelas pada waktu itu tapi mereka telah plan yang hendak dilakukan tiba-tiba dapat relief maka tertangguhlah apa yang dirancang. Relief pula bukan boleh duduk-duduk sahaja mesti ada proses P&P.

Sudahlah diberi tugas mengurus PSS dengan kerja yang banyak tapi masa yang kosong yang akan digunakan untuk memproses buku dsb terpaksa dipenuhi dengan waktu relief. Hari ini saje ada 2 relief yang perlu saya ganti guru yang tak datang. So peluang nak siapkan kerja2 pss tertangguh lagi. Berapa ye waktu mengajar guru pss ? Sekolah saya 20 waktu itu jumlah yang banyak berbanding dengan sekolah lain, sepatutnya waktu itu perlu dikurangkan lagi.

Ahad, 22 Mac 2009

KPM

Saya telah mengikut program Latihan EDUWEBTV pada 10 - 11 Mac yang lalu. Saya amat menghargai usaha yang telah dijalankan oleh pihak K ementerian Pelajaran Malaysia berhubung EDUWEBTV tersebut. Pada pemerhatian saya, program ini amat baik untuk guru dan murid-murid. Justeru pada hemat saya, EDUWEBTV ini hendaklah diuar-uarkan oleh pihak sekolah menerusi peranan Guru Media dan Guru Bestari. Program yang sebaik ini jika tidak diheboh-hebohkan akan merugikan guru-guru dan murid-murid. Oleh hal demikian, diharapkan semua guru dan murid dapat berhubung dengan Guru Media atau Guru Bestari untuk mendapat panduan tentang penggunaan EDUWEBTV ini kerana program ini amat bermanfaat.

Khamis, 19 Mac 2009

Semangat

Hari ni pagi lagi dah bangun untuk ke ipda sebab ada latihan amali pj. kami bertolak jam 7 dan sampai kul 8.00.

Tunggu punya tunggu.... apa yang berlaku? nak tau? latihan x jadi , masalah teknikal. Itulah OUM keluar arahan amali di ipda tapi tak ada seorang pun pensyarah ipda yang nampak. Alatan pun tak ada so nak buat amali macam mana..tambahan lagi hari ini cuti hujung minggu di kedah so siapa nak datang kerja....

Lain kali fikirlah logiknya......kalau buat di tempat tutor yang ajar student kan senang tak menyusahkan sapa-sapa pun.....

Amali PJ di IPDA

Esok 20 Mac aku kena p IPDa ada praktikal PJ untuk subjek Kegiatan Profesional(Permainan).Mujur ada rakan baik yang pergi so kami pergi bertiga.

Harap-harap dapat berjalan dengan lancar.....

Ikut suami konvo

Sabtu aku dan keluarga ikut suami ke upsi majlis rehearsal konvonya. Samapai Tg. mali jam 1.30 then rehat di Taman Bahtera dengan geng T`ganu. Jam 4 ke Dewan SITC .Jam 7.00 bertolak ke KL tidur di KL then jumpa anak ; makan malam bersama. Balik hotel tidur, Esoknya makan roti canai depan Jalan Pekeliling Maju Curry House. Jam 12 ke UPSI majlis konvo.Aku dan anak lelaki kedua masuk kedewan tapi anak yang lain duduk didewan kuliah sebab bawah umur. jam 4 keluar dewan tengok anak so tak sempat nak ambik gambar partner naik pentas .Frust sebab hujan pula.................

Suami frust tak dapat bergambar dengan family dan rakan2....

Jumaat, 13 Mac 2009

cuti oh cuti

Cuti kali ini anak perempuan bercuti ke rumah rakannya di KL. nampak gayanya akulah yang kena buat semua kerja di rumah, kalau dia ada ringanlah sikit bebanku.

Apa pun harap anak-anak ku yang kecil tu pandai-pandailah tolong kemas selepas bermain permainan mereka. Hari ni masak nasi kegemaran anak gadisku nasi merah dan ayam pedas tambahan pula ada rakannya dari KL yang tumpang bermalam sebab hari ni nak naik train sekali.
Cuti-cuti juga tapi buku kena juga baca kerna PTK dan U exam akan ditempuhi dalamhujung minggu ini.

Rabu, 11 Mac 2009

kursus eduwebtv

2 hari ini aku sibuk dengan kursus eduwebtv sampai tak sempat nak lawat blog. Memang bagus latihan yang di beri kerana G boleh guna eduwebtv untuk proses p & p kepada pelajar. Eduwebtv ni dulunya kita panggil TV Pendidikan, cuma sekarang BTP cuba nak ITkan cara penggunaannya dengan menggunakan internet.Apa yang penting objektif pengajaran kita mestilah tercapai dlm p&p wala bagaimanapun teknik atau kaedah yang dgunaka dlm pengajaran.

Esok ke sekolah spt biasa sibuk pula dengan pss dan kerja latihan murid untuk cuti sekolah pada hujung minggu ni. Anak-anak dua hari ni terabai sikit sebab mamanya sibuk berkursus. Syukur semua selamat semasa tinggal di rumah selepas waktu persekolahan.

Ahad, 8 Mac 2009

Maal Hijrah

hari ni cuti maal hijrah, aku hanya di rumah urus anak-anak manakala suamiku pula pegi memancing dengan rakannya. Memang itu aktivitinya jika sekolah bercuti tak bolehlah nak pergi jalan kemana-mana.

petang ni kena hantar anak perempuanku ke smt b`worth balik asrama. Pagi ni anak lelakiku yang di uitm seri iskandar pun akan balik ke uitm juga esok ada kelas.maka sunyilah rumah bila semua anak-anak balik ke asrama. yang tinggal hanya 3 orang yang kecil di rumah.

Esok aku ada kursus eduwebtv .com anjuran KPM di SMK Gurun selama dua hari. harap-harap kursus ini dapat dimanfaatkan untuk pelajar menerusi tvp ; pss sekolah.

apa-apa pun I will do he best for SKBBSL Library.

Jumaat, 6 Mac 2009

Relax

Aku pagi ni ke sekolah ada kelas sbt, then buat kerja pss dengan beberapa orang pengawas pss yang rajin nak datang bantu aku.
Fikir2 mungkin nak pilih pelajar ini jadi ketua . Apa pun aku cuba buat yan terbai.
partner aku hari ni tak ada semalam pergi seberang dengan membernya yang nak jumpa kawan. Teman rapat so kena temanlah nampaknya Aku nak ikut tapi diberinya...... apa nak buat........
Nasib badan...................jangan nanti tak bawa aku p konvo upsi dah le........ mogok ..........

Rabu, 25 Februari 2009

latihan kompang

Hari ni aku balik lewat dari sekolah sebab tunggu anakku di Tahun 4 ada latihan kompang. Kesempatan ini aku gunakan untuk menyiapkan kerja2 pemprosesan buku di PSS.

Petang aku cuba siapkan tugasan U yang belum siap. Malam ni aku dapat cetak 1 saje, ada 2 lagi yang perlu disiapkan hujung minggu ini.

harap dapat siap...................

Isnin, 23 Februari 2009

asgmt.

2 hari ni aku sibuk dengan asgmt yang belum siap. Ada 3 yang perlu disiapkan, pening kepala memikirkannya terutama bahagian soal selidik yang perlu dibuat analisis. Kali ini partner aku tak nak bantu............... minggu depankena hantar. Selepas 3 kali perjumpaan asgmt mesti siap dan duduki exam pula. Nak layari blog pun tak sempat.........

Jumaat, 20 Februari 2009

Boring dan entahlah.........

Hari ni aku ke sekolah sebab ada tugas yang perlu diselsaikan. Anakku semua ikut sebab partnerku asyik main badminton je anak tak kisah semua letak di bahu isteri.......... tapi masih tak mahu faham dan bertimbangrasa dengan isteri..............asyik nak marah je........

Rasa hidup tak ada makna kalau partner tak peduli kita dan cuba cari esalahan je.......... walhal semua kerja rumah kita yang buat. dari mencuci ,memasak dll.

Selasa, 17 Februari 2009

cat Mural

Hari ini sejak awal pagi aku mengecat dinding bilik PSS , sedar-sedar dah jam 11 pagi. Mujurlah siap satu ruang. Rehat kejap sebab ada kelas selepas itu. Sementara itu daftar buku2 baru dengan beberapa pengawas pss turut membantu.......

Isnin, 16 Februari 2009

Penat....oh penat

Kerja rang perempuan ni tak habis2, pejabat , rumah dan manusia. berhubung dengan manusia ini yang susah perlu menjaga hati dan persaan mereka.tapi kalau sama2 jaga hati dan perasaan tak apa jangan kita je yang buat tapi demo buat dak je...........

Ahad, 15 Februari 2009

Taman Sumber

Pagi ni selepas perhimpunan , aku berjumpa GB ada urusan soal mengisi borang penilaian PSS yang perlu dihantar ke PKG. Semua unit dapat diisi kecuali taman sumber sebab kami tak ada pun taman, so GB cadangkan PSS guna taman yang ada di bhgian anjung masuk ke sekolah. Pening juga dok fikir apa yang nak diletakkan di Taman Sumber tu. Kalau ada cadangan bolehlah tolong bagi idea..................

Jumaat, 13 Februari 2009

Sekolah Ganti

Hari ni anak perempuanku aimi ada sekolah ganti. so pagi lagi aku bangun untuk siapnya ke sekolah. 12.45 nanti ambilnya dari sekolah kemudian jam 2 ptg ke smk sg. layar ada pertandingan bola jaring peringkat daerah`09.

Semua kerja mesti dibereskan sebelum jam dua. masak , cuci baju dan sebagainya.
Mujur hari ini anak perempuanku yang Ting.5 balik dari asrama so bolehlah dia membantu kerja-kerja rumah.............terima kasih anakku.

Khamis, 12 Februari 2009

Hatyai

Hari ni aku tepaksa hantar suamiku ke pekan untuk tumpang rakannya ke Alor Setar untuk pergi ke destinasi kesukaan mereka iaitu hatyai. Bukan apa nak pi beli barang mana yang perlu. Kesempatan itu juga digunakan untuk `massage' body'. Hari ni aku tidak dibawa sebab mereka pi semuanya lelaki, tambahan pula esok aku ada program yang perlu dilakukan.

Be careful my hubby and be honest..............

Jumaat 13 Feb`09

Hari ni cuti hujung minggu, bangun kemas rumah, cuci pakaian ,masak dll. Petang nanti anak gadisku balik dari asrama. Dia ni tak boleh tengok rumah bersepah nanti mengomel le..........faham kan..........

Besok ada tugas lagi . walaupun hari cuti tapi kami guru bola jaring ada pertandingan B/jaring Peringkat Daerah di SMK Sg. Layar jam 2.00 petang. Bukan guru main tapi anak murid , guru sbg jurulatih dan pengurus pasukan. Tapi yang tak sedapnya guru tak diberi duit minyak pun alasan sekarang tak ada kutipan yuran so pkg tak ada duit........

Rabu, 11 Februari 2009

asgmt. U

Asgmt tak buat lagi, cari bahan tak dapat-dapat. Pening kepala begini, orang tua mengaji. Kali ni kena buat soal selidik mengenai gaya hidup guru-guru dari segi pemakanan dan senaman kemudian buat analisis pula..........hai...........pening....pening.

Rabu 11 Feb.09

Sekolah seperti biasa hari ini, tiba awal di sekolah sebab bertugas untuk RMT. Walaupun ada free tapi tak pernah free sebab sibuk dengan kerja di PSS. Banyak buku yang perlu direkodkan. Itu buku tahun lalu yang guru dulu belum rekod so, kita juga yang perlu rekodkan. Itulah jadinya kalau kerja tak ada ketepatan dan disiplin.

Tahun ini aku janji nak buat perubahan supaya PSS SKBBSL cemerlang dengan perubahan yang baik. Hari ini aku mulakan Program Jom Ke Perpustakaan dan adakan peraduan serta cabutan bertuah yang akan dicabut pada perhimpunan rasmi setiap minggu. Sambutan amat menggalakkan ramai murid yang masuk keperpustakaan .Aku adakan Bacaan Jam 7 dan Bacaan Jam 10.

Semoga aktiviti ini terus berjalan dan mendapat sambutan semua murid.

Ahad, 8 Februari 2009

Ahad 8 Feb`09

Sekolah spt biasa, aku awal2 lagi dah tiba disek., buka pss then turun ke padang tengok budak berlatih b/jaring untuk perlawann esok di SK Tmn Ria Sg. Petani.

Pemilihan telah ditetapkan selepas latihan. SKBBSL hantar 2 pasukan; harap dapat bersaing sengit dengan SK Tmn Ria johan tahun lepas dan SKBBSL naib johan.Tahun harap dapat jadi johanPKG bukit Selambau.

Sabtu 7 Feb`09

Aku ada kelas tutorial, dapat sms dari rakan baikku ucapkan Slmt Hari Jadi. Lunch kami makn bersama dengan Sham.

Jam 3 kelas tamat balik umah, pening kepala lihat keadaan rumah, tinggal anak2 je yang kecil kat umah. bapanya pun tak ada di rumah.

Itulah kalau tak ada pembantu................

6 Feb.`09

Harijadiku tiada siapa yang wish kecuali anak l lakiku yang ke3.Itupun dah tengahmalam katanyasibukdengan kuliah.Selalunya anakku yang sulung dan keduayang akan kirim sms ucapkan Sekamat HariJadi.

Aku sedih................

Rabu, 4 Februari 2009

Result Exam

Hari ni aku tergerak hati nak tengok result exam Ekonomi aku yang tak adalagi tu, sedihnya aku result kali ini amat teruk dan tidak sangka aku akan dapat macam itu.

Memang aku bengang dengan subjek ini sejak dulu lagi. Apa nak buat dah nasib.

Isnin, 2 Februari 2009

2 Feb 2009

Hari ni aku dapat msej dari anak lelakiku yang dia akan ke Singapura ada kursus tempat kerjanya. apa yang ditulis rasa sayu hatiku; dalam kocek hanya ada RM3 je untuk ke sana. Dulu pun dah bagi sedikit untuk buat passport. Entahlah..........hidup penuh cabaran..........kerja tapi tak ada duit. Kalau gaji setakat RM1000 hidup di KL lebih baik balik kampung je tak memeningkan kepala mak bapa.

Apa pun ibu bapa ni kena juga hulur walaupun dah mula kerja, saya fikir perempuan mungkin tak timbulmasalah; lelaki ni girlfriend lagi, jalan, tengok wayang mana nak cukup duit..........

Ahad, 1 Februari 2009

Ahad 1 Februari 2009

hari ini aku kesekolah awal lagi iaitu jam 6.45 pagi.sampai sekolah Aimi jam 6.55 then ke skbbsl aku tiba jam 7 tapi pejabat belum buka lagi. seperti biasa aku ke PSS buka pintu, buat kerja sikit then turun perhimpunan.

Petang aku ada mesyuarat Pertandingan Bola jaring kat SK Tmn Ria.-2.30 hingga jam 4.Balik cuci baju rehat sat then pi ambik Anas balik dari Kafa jam 5.30 ptg.Singgah kedai beli kelapa dan bendi. Suami nak makan gulai ikan kerapu yang dipancingnya.

Malam ingat nak buat asgmt tapi cari bahan tak dapat2. boring macam ni.......... aku akan cuba cari lagi..........

Jumaat, 30 Januari 2009

cuti jumaat 30 januari

Hari ini aku bangun awal pagi cuci baju dan kemas rumah, lepas masak pula. Suamiku awal-awal lagi selepas subuh pergi memancing di Pulau Bidan berdekatan perairan Merbok. Katanya kawan sponsor pi memancing .dah 3 hari berturut-turut pergi memancing tapi ikannya tak dapat pun.

Kadang kala aku rasa lebih baik beli je ikan tenggiri kat pasar dengan harga bayaran bot yang boleh membeli 2 ekor ikan tenggiri yang besar.

Aku berharap suamiku dan kawan2nya selamat memancing.

Khamis, 29 Januari 2009

Khamis 29/01/09

Aslmk,
Hari ni aku awal ke sekolah kerana suami dan anakku Aimi tidak bersekolah. jam 7 dah tiba di sekolah, then tengok budak RMT. waktu perhimpunan perjumpaan dengan murid yang ingin masuk B. Jaring. Kelas sampai jam 11.15 kemudian free. Kul 1.15 hantar Anas balik. kul 1.45 hinnga jam 3.45 ada kelas SBT.Petang jam 5 pi semula kesekolah ada latihan bola jaring. 7 ptg aku dah ada kat umah. 7.30 ke pasar malam cari apa yang patut untuk dimakan.

Sekarang rehat sambil layari blog.

Rabu, 28 Januari 2009

Rabu 28 /01/09

Aku bersekolah seperti biasa, anakku aimi dan suamiku tidak bersekolah.sekolah mereka cuti.Bila balik rumah jam 2 aku dapati suamiku tiada di rumah , rupanya dia p memancing dengan rakan2nya di Pantai Merdeka. Bukan dapat ikan pun tapi kepuasan dapat memenuhi masa yang terluang.

Aku cuci baju, cuci pinggan yang penuh dalam sinki, suamiku tidak membantuku mencuci pakaian dan pingganmangkuk. nasib badan.Pembantu tiada, walaupun kita bekerja tapi di rumh pun kita juga yang kena buat. Lelaki senang saje rasa boring keluar rumah bukan nak membantu isteri mencuci baju.

Nasib badan...................

Isnin, 26 Januari 2009

Isnin 26 jan`09

Aku ke sekolah jam 11.30 pagi untuk mengecat pss yang belum siap . Hari ni jam 5 baru aku siap cat luar pss dengan anak perempuanku.
penat tak terkata, letih dan lenguh kaki. Malam ni nak tidur awal sebab letih.

Sabar..................... sabar...............

Ahad, 25 Januari 2009

Ahad 25 Jan`09

Hari ini aku masak awal pagi lagi kerana aku dan suami akan ke majlis kenduri rakan gurunya di Kota Kuala Muda. Jam 12.00 kami tiba tuan rumah belum bersdia lagi sibuk di dalam sbb orang baru habis marhaban.

Jam 1.00 kami ke rumah sepupuku di Binjol Kuala ketil.kenduri kahwin anaknya.Kami berlima dan abang serta emak satu kereta.
Suamiku cepat je nak balik sebab ada games tennis di tv. memang minatnya dalam semua games.

Balik, tidur then jam 5.30 bangun untuk siapkan makan malam. sayur sawi dan ikan goreng je serta ayam pedas.
Cuti ni relax le.....................

Jumaat, 23 Januari 2009

Jumaat 23 Jan`09

Hari ini aku bersama sami dan kawannya ke hatyai untuk membeli barang2 yang dipesan oleh kawan. kami sampai rumah jam 9 malam an terlalu letih , now suami telah tidur aku menulis blog, kejap lagi nak tidur .Letih............. malam ni ada kerja lagi yang nak dibuat dibuat.

letih nak tidur....................

Selasa, 20 Januari 2009

20 Jan.`09

hari ini aku seperti biasa ke sekolah dan ambil anak , hantar ana ke kelas kafa. Mesin basuh masih lagi tak boleh digunakan. Malam ni pomen datang merawat, maybe kena tukar dia punya master RM800. mahal, dahlah beli mesin basuh pun harga rm3000, servis pun mahal.

Kelmarin dan hari ni guna masin lama tapi masih berfungsi lagi kepada tuannya.

harap-harap baik le mesin tu.

Khamis, 15 Januari 2009

Jumaat 16 Januari `09

bangun awal seperti biasa , mandi dan buat sarapan. hari ni masak cucur kodok@ jemput-jemput pisang yang suamiku bawa balik dari kg semalam semasa ambik anakku irsyad. cuci baju tak dapat guna mesin rosak tak kering baju. Beli mahal harga RM3 ribu dah buat hal.Phone orang yang jual 2/3 kali tak mai lagi. fedup kalau macam ni. tadi cuci guna tangan, kasut anak-anak yang cuci.

Tunggu mungkin jap lagi pomen sampai..................

Petang ni anak aku yang kat Teknik Butterworth akan balik bawa kawannya. mujur kena ambik kat stesen bas saje...........

khamis 15 Januari`09

afte school aku mengecat hingga jam 4.30 pm dgn anak2ku. Then ke kedai bunga tengok bunga yang hendak ditempah.

Balik, letih dan aku rest, malam ke pasar malam beli selipar aimi.

tq

Isnin, 12 Januari 2009

selasa13 Januari `09

6.50 dah bertolak menghantar aimi ke sekolah then aku ke skbbsl spt biasa, sekitar jam 7.10 aku tiba di sekolah, seperti biasa key-in nama ,buka library then buat kerja apa yang belum dibereskan. hari jam 2 aku baru ambik aimi dari sekolah sebab nak siapkan kerja sekolah...... kerja susun buku aku serahkan pada pengawas PSS.

2.20 hantar anas ke kelas kafa then balik cuci baju, sidai n basuh lagi satu trip yang putih sahaja.
sampai 3.30 belum selesai lagi cuci baju. Biasanya sekitar jam 4.30 selesai semuanya barulah boleh berehat sekejap sebelum sambung semula kerja ....kerja...kerja selagi hayat dikandung badan. kerja pejabat,.rumah semua perlu dilakukan.

mengecat bilik kecilku di pss

Petang ini aku ke sekolah semula selepas menghantar anas ke kelas kafa. Aku ingin habiskan mengecat bilik aku di pss tapi tak sempat juga , besok akan diteruskan .buat sorang macam tulah. kalau ada yang menolong cepatlah jadinya.

kawasan dalam perpustakaan entahlah bila diberitahu cat dah sampai masing-masing tunggulah `hari cuti' .biasalah sikap rakan guru kita yang suka menangguhkan kerja.aku tak suka selaGI kerja tak disiapkan tak senang duduk.

harap-harap bila anak2 balik bercuti raya china nanti dapat tolong aku siapkan apa yang patut........
Amin..................

Jumaat, 9 Januari 2009

Sabtu 10 Januari `09

Pagi ini seperti biasa bangun ,siapkan sarapan, jemur baju dan kemas rumah. suamiku rutin biasa bermain badminton dengan membernya. kaum ibu di rumah yang uruskan hal makan, pakai anak-anak. Bekerja siang malam ............ Petang nanti nak ke rumah mak di Tikam batu ada nak buat Assyura ,calling semalam.

Apa-apa pun buat yang terbaik dan ikhlas untuk semua supaya dapat keberkatan dari Yang Maha Esa............ AMIN.

Khamis, 8 Januari 2009

Khamis 8 Januari

seperti biasa aku ke sekolah sekitar jam 6.45 pagi menghantar puteriku yang di tahun 2 skamanjaya, kemudian aku ke sekolah skbbsl.hari ni aku duty RMT banyak kelemahan yang perlu diperbetulkan oleh pengurusan kantin sehingga jam 7.30 makanan terlalu lambat disediakan. Teguran dibuat dan beliau berjanji akan memperbaikinya.

Aku masuk kelas seperti biasa, ke PSS buat apa yang patut then ada relief lagi hari ni. Petang aku ke sekolah semula dengan anas dan aimi untuk mengecat bilik kecil yang aku gunakan di PSS.itupun belum siap sepenuhnya. Letih yang teramat sebab lama tak buat kerja berat sendirian selalunya aku hanya tolong sikit2 saje di rumah.

4.30 aku balik rumah , masak apa yang patut then putera bongsuku pulang dengan ayahnya dari rumah emak yang menjadi hostelnya selama seminggu sepanjang musim persekolahan. Tahun ini Irsyad bersekolah Pra sekolah di Sk Berapit, mujur dapat masuk sebab ramai budak yang tak mau masuk pra.

Ada-ada saja yang perlu dibuat, letih taspi tak ada orang yang nak bantu.suami?............... faham sajelah balik umah, duduk depan TV atau mengadap Komputer, layari blogg.............

Sabar..............sabar............

Jumaat, 2 Januari 2009

Jumaat yang sedih

Aku sentiasa di stress oleh suamiku yang tidak senang dengan apa yang aku lakukan. aku boleh maafkan dia tapi dia tidak, selalu menyalahkan aku dengan kaaaaata-kata yang menyakitkan hati. Selalu berlaku penderaan emosi. Semua kerja rumah aku buat, anak aku uruskan, pi sekolah, beli buku, pakaian dll. mungkin ada yang faham tentang situasi ini. sebenarnya aku malas nak cakap lagi , `better be quiet'. Setiap masa dan ketika dia sering memberiku tension. Apa harus aku lakukan?.

Mungkin ada yang boleh membantu...............
hanya Allah Yang Maha mengetahui dan Maha Pengampun...Ya Allah berilah Petunjuk kepada suamiku supayadapat berfikir apa yang baik dan cuba renung kembali diri sendiri dan musibah atas apa yang terjadi adalah akibat perbuatan kita sendiri juga.............