Rabu, 11 Februari 2009

Rabu 11 Feb.09

Sekolah seperti biasa hari ini, tiba awal di sekolah sebab bertugas untuk RMT. Walaupun ada free tapi tak pernah free sebab sibuk dengan kerja di PSS. Banyak buku yang perlu direkodkan. Itu buku tahun lalu yang guru dulu belum rekod so, kita juga yang perlu rekodkan. Itulah jadinya kalau kerja tak ada ketepatan dan disiplin.

Tahun ini aku janji nak buat perubahan supaya PSS SKBBSL cemerlang dengan perubahan yang baik. Hari ini aku mulakan Program Jom Ke Perpustakaan dan adakan peraduan serta cabutan bertuah yang akan dicabut pada perhimpunan rasmi setiap minggu. Sambutan amat menggalakkan ramai murid yang masuk keperpustakaan .Aku adakan Bacaan Jam 7 dan Bacaan Jam 10.

Semoga aktiviti ini terus berjalan dan mendapat sambutan semua murid.

3 ulasan:

mantan berkata...

Puteri,
Cikgu kat sekolah mana ada waktu free. Yang ada mungkin 'non-teaching period'. Jika tak ada kelas pun, cikgu buat kerja-kerja lain pula. Di sekolah kerja memang tak habis.

Semoga cikgu berjaya.

chehassan berkata...

Tahniah. Buat baik perpada-pada. Jadi guru yang baik itu, tanggungjawab dan amanah. Tapi ada banyak lagi tanggungjawab dan amanah selain daripada tugas di sekolah.

Puteri Azizul berkata...

Terima kasih cikgu wahab, betul tak ada waktu free, kita yang cuba freekan diri.thanks juga pada chehassan kerna singgah blog saye.