Isnin, 30 November 2009

selamat hari lahir

Selamat hari lahir sayang moga panjang umur dan sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat.
Lakukan sesuatu dengan ikhlas jujur dan amanah. Sayang dan anak2 sentiasa menyanyangimu sepanjang hayat.................. dah semakin tua kita..............

`Luv U Forever'


Sabtu, 28 November 2009

sunyi

Hari ni semua anak2ku kembali ke tempat mereka masing2 selepas 3 hari cuti raya aidiladha. Alia kembali untuk menyambung exam spmnya, aim dan iman kembali ke kl memenuhi tugas masing2. aku ? masih lagi banyak kerja yang belum dibereskan yang perlu difikirkan.
Harapanku anak2 dalam keberkatan allah dan sentiasa dilindungi, keluarga n suami aku sayang kalian semua.............
Luv U all............

Rabu, 25 November 2009

26 nov`09

Hari ini aku ke sekolah bertugas, awal dah sampai tapi pekerja pejabat belum sampai.......... tunggu hingga jam 8.30 baru mereka sampai.
Guru bertugaspun tak nampak muka lagi hampir jam 9 baru mun cul dah tu balik awal sebelum jam 12.............` bila kucing tak ada tikus pun ambil kesempatan'.......... itulah sikap segelintir dari para guru............ syarat datang je..........

Siapa yang harus dipersalahkan GB, PK atau .............hanya diri sendiri je yang dapat menjawabnya............

Ahad, 22 November 2009

Risau

Hatiku risau dan bimbang takut tak sempat siapkan kajian penyelidikan aku menjelang exam pun pada ketika yang sama dengan penjumpaan dengan tutor penyelia............minta bantuan partner tapi buat tak kisah je.......... bagaimana ye nak .............

Khamis, 19 November 2009

persediaan di hujung tahun

Ada banyak perkara yang perlu dibuat; exam aku awal Disember dan pertengahan Disember, then kerja2 menyiapakan jadual tugas guru untuk koko ...............anakku alia sekarang tengah bergelut dengan spm. tau la cuti ni awal lagi dah ada jemputan 21/11/09 ada 3, then bulan 12 nanti. Sentiasa penuh dengan aktiviti. Anak bongsuku dah menuntut janji dari ayahnya nak pi bercuti........tengoklah bagaimana nanti

Ahad, 15 November 2009

Sekolah Baru

Sekolah baru, teman-teman baru tap aku yang lama, mujur ada seorang yang kukenali ama-sama mengajar di SMKKKM dulu. Kini aku dibarisan pengurusan sekolah so kena buat yang sepatutnya................. komitmen mesti baik begitu juga kerja............... I will do the best."

SEK BARU NI DALAM KEM TENTERA `NAMANYA SK KEM LAPANGAN TERBANG.' SG PETANI, KEDAH.