Rabu, 25 Februari 2009

latihan kompang

Hari ni aku balik lewat dari sekolah sebab tunggu anakku di Tahun 4 ada latihan kompang. Kesempatan ini aku gunakan untuk menyiapkan kerja2 pemprosesan buku di PSS.

Petang aku cuba siapkan tugasan U yang belum siap. Malam ni aku dapat cetak 1 saje, ada 2 lagi yang perlu disiapkan hujung minggu ini.

harap dapat siap...................

Isnin, 23 Februari 2009

asgmt.

2 hari ni aku sibuk dengan asgmt yang belum siap. Ada 3 yang perlu disiapkan, pening kepala memikirkannya terutama bahagian soal selidik yang perlu dibuat analisis. Kali ini partner aku tak nak bantu............... minggu depankena hantar. Selepas 3 kali perjumpaan asgmt mesti siap dan duduki exam pula. Nak layari blog pun tak sempat.........

Jumaat, 20 Februari 2009

Boring dan entahlah.........

Hari ni aku ke sekolah sebab ada tugas yang perlu diselsaikan. Anakku semua ikut sebab partnerku asyik main badminton je anak tak kisah semua letak di bahu isteri.......... tapi masih tak mahu faham dan bertimbangrasa dengan isteri..............asyik nak marah je........

Rasa hidup tak ada makna kalau partner tak peduli kita dan cuba cari esalahan je.......... walhal semua kerja rumah kita yang buat. dari mencuci ,memasak dll.

Selasa, 17 Februari 2009

cat Mural

Hari ini sejak awal pagi aku mengecat dinding bilik PSS , sedar-sedar dah jam 11 pagi. Mujurlah siap satu ruang. Rehat kejap sebab ada kelas selepas itu. Sementara itu daftar buku2 baru dengan beberapa pengawas pss turut membantu.......

Isnin, 16 Februari 2009

Penat....oh penat

Kerja rang perempuan ni tak habis2, pejabat , rumah dan manusia. berhubung dengan manusia ini yang susah perlu menjaga hati dan persaan mereka.tapi kalau sama2 jaga hati dan perasaan tak apa jangan kita je yang buat tapi demo buat dak je...........

Ahad, 15 Februari 2009

Taman Sumber

Pagi ni selepas perhimpunan , aku berjumpa GB ada urusan soal mengisi borang penilaian PSS yang perlu dihantar ke PKG. Semua unit dapat diisi kecuali taman sumber sebab kami tak ada pun taman, so GB cadangkan PSS guna taman yang ada di bhgian anjung masuk ke sekolah. Pening juga dok fikir apa yang nak diletakkan di Taman Sumber tu. Kalau ada cadangan bolehlah tolong bagi idea..................

Jumaat, 13 Februari 2009

Sekolah Ganti

Hari ni anak perempuanku aimi ada sekolah ganti. so pagi lagi aku bangun untuk siapnya ke sekolah. 12.45 nanti ambilnya dari sekolah kemudian jam 2 ptg ke smk sg. layar ada pertandingan bola jaring peringkat daerah`09.

Semua kerja mesti dibereskan sebelum jam dua. masak , cuci baju dan sebagainya.
Mujur hari ini anak perempuanku yang Ting.5 balik dari asrama so bolehlah dia membantu kerja-kerja rumah.............terima kasih anakku.

Khamis, 12 Februari 2009

Hatyai

Hari ni aku tepaksa hantar suamiku ke pekan untuk tumpang rakannya ke Alor Setar untuk pergi ke destinasi kesukaan mereka iaitu hatyai. Bukan apa nak pi beli barang mana yang perlu. Kesempatan itu juga digunakan untuk `massage' body'. Hari ni aku tidak dibawa sebab mereka pi semuanya lelaki, tambahan pula esok aku ada program yang perlu dilakukan.

Be careful my hubby and be honest..............

Jumaat 13 Feb`09

Hari ni cuti hujung minggu, bangun kemas rumah, cuci pakaian ,masak dll. Petang nanti anak gadisku balik dari asrama. Dia ni tak boleh tengok rumah bersepah nanti mengomel le..........faham kan..........

Besok ada tugas lagi . walaupun hari cuti tapi kami guru bola jaring ada pertandingan B/jaring Peringkat Daerah di SMK Sg. Layar jam 2.00 petang. Bukan guru main tapi anak murid , guru sbg jurulatih dan pengurus pasukan. Tapi yang tak sedapnya guru tak diberi duit minyak pun alasan sekarang tak ada kutipan yuran so pkg tak ada duit........

Rabu, 11 Februari 2009

asgmt. U

Asgmt tak buat lagi, cari bahan tak dapat-dapat. Pening kepala begini, orang tua mengaji. Kali ni kena buat soal selidik mengenai gaya hidup guru-guru dari segi pemakanan dan senaman kemudian buat analisis pula..........hai...........pening....pening.

Rabu 11 Feb.09

Sekolah seperti biasa hari ini, tiba awal di sekolah sebab bertugas untuk RMT. Walaupun ada free tapi tak pernah free sebab sibuk dengan kerja di PSS. Banyak buku yang perlu direkodkan. Itu buku tahun lalu yang guru dulu belum rekod so, kita juga yang perlu rekodkan. Itulah jadinya kalau kerja tak ada ketepatan dan disiplin.

Tahun ini aku janji nak buat perubahan supaya PSS SKBBSL cemerlang dengan perubahan yang baik. Hari ini aku mulakan Program Jom Ke Perpustakaan dan adakan peraduan serta cabutan bertuah yang akan dicabut pada perhimpunan rasmi setiap minggu. Sambutan amat menggalakkan ramai murid yang masuk keperpustakaan .Aku adakan Bacaan Jam 7 dan Bacaan Jam 10.

Semoga aktiviti ini terus berjalan dan mendapat sambutan semua murid.

Ahad, 8 Februari 2009

Ahad 8 Feb`09

Sekolah spt biasa, aku awal2 lagi dah tiba disek., buka pss then turun ke padang tengok budak berlatih b/jaring untuk perlawann esok di SK Tmn Ria Sg. Petani.

Pemilihan telah ditetapkan selepas latihan. SKBBSL hantar 2 pasukan; harap dapat bersaing sengit dengan SK Tmn Ria johan tahun lepas dan SKBBSL naib johan.Tahun harap dapat jadi johanPKG bukit Selambau.

Sabtu 7 Feb`09

Aku ada kelas tutorial, dapat sms dari rakan baikku ucapkan Slmt Hari Jadi. Lunch kami makn bersama dengan Sham.

Jam 3 kelas tamat balik umah, pening kepala lihat keadaan rumah, tinggal anak2 je yang kecil kat umah. bapanya pun tak ada di rumah.

Itulah kalau tak ada pembantu................

6 Feb.`09

Harijadiku tiada siapa yang wish kecuali anak l lakiku yang ke3.Itupun dah tengahmalam katanyasibukdengan kuliah.Selalunya anakku yang sulung dan keduayang akan kirim sms ucapkan Sekamat HariJadi.

Aku sedih................

Rabu, 4 Februari 2009

Result Exam

Hari ni aku tergerak hati nak tengok result exam Ekonomi aku yang tak adalagi tu, sedihnya aku result kali ini amat teruk dan tidak sangka aku akan dapat macam itu.

Memang aku bengang dengan subjek ini sejak dulu lagi. Apa nak buat dah nasib.

Isnin, 2 Februari 2009

2 Feb 2009

Hari ni aku dapat msej dari anak lelakiku yang dia akan ke Singapura ada kursus tempat kerjanya. apa yang ditulis rasa sayu hatiku; dalam kocek hanya ada RM3 je untuk ke sana. Dulu pun dah bagi sedikit untuk buat passport. Entahlah..........hidup penuh cabaran..........kerja tapi tak ada duit. Kalau gaji setakat RM1000 hidup di KL lebih baik balik kampung je tak memeningkan kepala mak bapa.

Apa pun ibu bapa ni kena juga hulur walaupun dah mula kerja, saya fikir perempuan mungkin tak timbulmasalah; lelaki ni girlfriend lagi, jalan, tengok wayang mana nak cukup duit..........

Ahad, 1 Februari 2009

Ahad 1 Februari 2009

hari ini aku kesekolah awal lagi iaitu jam 6.45 pagi.sampai sekolah Aimi jam 6.55 then ke skbbsl aku tiba jam 7 tapi pejabat belum buka lagi. seperti biasa aku ke PSS buka pintu, buat kerja sikit then turun perhimpunan.

Petang aku ada mesyuarat Pertandingan Bola jaring kat SK Tmn Ria.-2.30 hingga jam 4.Balik cuci baju rehat sat then pi ambik Anas balik dari Kafa jam 5.30 ptg.Singgah kedai beli kelapa dan bendi. Suami nak makan gulai ikan kerapu yang dipancingnya.

Malam ingat nak buat asgmt tapi cari bahan tak dapat2. boring macam ni.......... aku akan cuba cari lagi..........