Jumaat, 30 Januari 2009

cuti jumaat 30 januari

Hari ini aku bangun awal pagi cuci baju dan kemas rumah, lepas masak pula. Suamiku awal-awal lagi selepas subuh pergi memancing di Pulau Bidan berdekatan perairan Merbok. Katanya kawan sponsor pi memancing .dah 3 hari berturut-turut pergi memancing tapi ikannya tak dapat pun.

Kadang kala aku rasa lebih baik beli je ikan tenggiri kat pasar dengan harga bayaran bot yang boleh membeli 2 ekor ikan tenggiri yang besar.

Aku berharap suamiku dan kawan2nya selamat memancing.

Khamis, 29 Januari 2009

Khamis 29/01/09

Aslmk,
Hari ni aku awal ke sekolah kerana suami dan anakku Aimi tidak bersekolah. jam 7 dah tiba di sekolah, then tengok budak RMT. waktu perhimpunan perjumpaan dengan murid yang ingin masuk B. Jaring. Kelas sampai jam 11.15 kemudian free. Kul 1.15 hantar Anas balik. kul 1.45 hinnga jam 3.45 ada kelas SBT.Petang jam 5 pi semula kesekolah ada latihan bola jaring. 7 ptg aku dah ada kat umah. 7.30 ke pasar malam cari apa yang patut untuk dimakan.

Sekarang rehat sambil layari blog.

Rabu, 28 Januari 2009

Rabu 28 /01/09

Aku bersekolah seperti biasa, anakku aimi dan suamiku tidak bersekolah.sekolah mereka cuti.Bila balik rumah jam 2 aku dapati suamiku tiada di rumah , rupanya dia p memancing dengan rakan2nya di Pantai Merdeka. Bukan dapat ikan pun tapi kepuasan dapat memenuhi masa yang terluang.

Aku cuci baju, cuci pinggan yang penuh dalam sinki, suamiku tidak membantuku mencuci pakaian dan pingganmangkuk. nasib badan.Pembantu tiada, walaupun kita bekerja tapi di rumh pun kita juga yang kena buat. Lelaki senang saje rasa boring keluar rumah bukan nak membantu isteri mencuci baju.

Nasib badan...................

Isnin, 26 Januari 2009

Isnin 26 jan`09

Aku ke sekolah jam 11.30 pagi untuk mengecat pss yang belum siap . Hari ni jam 5 baru aku siap cat luar pss dengan anak perempuanku.
penat tak terkata, letih dan lenguh kaki. Malam ni nak tidur awal sebab letih.

Sabar..................... sabar...............

Ahad, 25 Januari 2009

Ahad 25 Jan`09

Hari ini aku masak awal pagi lagi kerana aku dan suami akan ke majlis kenduri rakan gurunya di Kota Kuala Muda. Jam 12.00 kami tiba tuan rumah belum bersdia lagi sibuk di dalam sbb orang baru habis marhaban.

Jam 1.00 kami ke rumah sepupuku di Binjol Kuala ketil.kenduri kahwin anaknya.Kami berlima dan abang serta emak satu kereta.
Suamiku cepat je nak balik sebab ada games tennis di tv. memang minatnya dalam semua games.

Balik, tidur then jam 5.30 bangun untuk siapkan makan malam. sayur sawi dan ikan goreng je serta ayam pedas.
Cuti ni relax le.....................

Jumaat, 23 Januari 2009

Jumaat 23 Jan`09

Hari ini aku bersama sami dan kawannya ke hatyai untuk membeli barang2 yang dipesan oleh kawan. kami sampai rumah jam 9 malam an terlalu letih , now suami telah tidur aku menulis blog, kejap lagi nak tidur .Letih............. malam ni ada kerja lagi yang nak dibuat dibuat.

letih nak tidur....................

Selasa, 20 Januari 2009

20 Jan.`09

hari ini aku seperti biasa ke sekolah dan ambil anak , hantar ana ke kelas kafa. Mesin basuh masih lagi tak boleh digunakan. Malam ni pomen datang merawat, maybe kena tukar dia punya master RM800. mahal, dahlah beli mesin basuh pun harga rm3000, servis pun mahal.

Kelmarin dan hari ni guna masin lama tapi masih berfungsi lagi kepada tuannya.

harap-harap baik le mesin tu.

Khamis, 15 Januari 2009

Jumaat 16 Januari `09

bangun awal seperti biasa , mandi dan buat sarapan. hari ni masak cucur kodok@ jemput-jemput pisang yang suamiku bawa balik dari kg semalam semasa ambik anakku irsyad. cuci baju tak dapat guna mesin rosak tak kering baju. Beli mahal harga RM3 ribu dah buat hal.Phone orang yang jual 2/3 kali tak mai lagi. fedup kalau macam ni. tadi cuci guna tangan, kasut anak-anak yang cuci.

Tunggu mungkin jap lagi pomen sampai..................

Petang ni anak aku yang kat Teknik Butterworth akan balik bawa kawannya. mujur kena ambik kat stesen bas saje...........

khamis 15 Januari`09

afte school aku mengecat hingga jam 4.30 pm dgn anak2ku. Then ke kedai bunga tengok bunga yang hendak ditempah.

Balik, letih dan aku rest, malam ke pasar malam beli selipar aimi.

tq

Isnin, 12 Januari 2009

selasa13 Januari `09

6.50 dah bertolak menghantar aimi ke sekolah then aku ke skbbsl spt biasa, sekitar jam 7.10 aku tiba di sekolah, seperti biasa key-in nama ,buka library then buat kerja apa yang belum dibereskan. hari jam 2 aku baru ambik aimi dari sekolah sebab nak siapkan kerja sekolah...... kerja susun buku aku serahkan pada pengawas PSS.

2.20 hantar anas ke kelas kafa then balik cuci baju, sidai n basuh lagi satu trip yang putih sahaja.
sampai 3.30 belum selesai lagi cuci baju. Biasanya sekitar jam 4.30 selesai semuanya barulah boleh berehat sekejap sebelum sambung semula kerja ....kerja...kerja selagi hayat dikandung badan. kerja pejabat,.rumah semua perlu dilakukan.

mengecat bilik kecilku di pss

Petang ini aku ke sekolah semula selepas menghantar anas ke kelas kafa. Aku ingin habiskan mengecat bilik aku di pss tapi tak sempat juga , besok akan diteruskan .buat sorang macam tulah. kalau ada yang menolong cepatlah jadinya.

kawasan dalam perpustakaan entahlah bila diberitahu cat dah sampai masing-masing tunggulah `hari cuti' .biasalah sikap rakan guru kita yang suka menangguhkan kerja.aku tak suka selaGI kerja tak disiapkan tak senang duduk.

harap-harap bila anak2 balik bercuti raya china nanti dapat tolong aku siapkan apa yang patut........
Amin..................

Jumaat, 9 Januari 2009

Sabtu 10 Januari `09

Pagi ini seperti biasa bangun ,siapkan sarapan, jemur baju dan kemas rumah. suamiku rutin biasa bermain badminton dengan membernya. kaum ibu di rumah yang uruskan hal makan, pakai anak-anak. Bekerja siang malam ............ Petang nanti nak ke rumah mak di Tikam batu ada nak buat Assyura ,calling semalam.

Apa-apa pun buat yang terbaik dan ikhlas untuk semua supaya dapat keberkatan dari Yang Maha Esa............ AMIN.

Khamis, 8 Januari 2009

Khamis 8 Januari

seperti biasa aku ke sekolah sekitar jam 6.45 pagi menghantar puteriku yang di tahun 2 skamanjaya, kemudian aku ke sekolah skbbsl.hari ni aku duty RMT banyak kelemahan yang perlu diperbetulkan oleh pengurusan kantin sehingga jam 7.30 makanan terlalu lambat disediakan. Teguran dibuat dan beliau berjanji akan memperbaikinya.

Aku masuk kelas seperti biasa, ke PSS buat apa yang patut then ada relief lagi hari ni. Petang aku ke sekolah semula dengan anas dan aimi untuk mengecat bilik kecil yang aku gunakan di PSS.itupun belum siap sepenuhnya. Letih yang teramat sebab lama tak buat kerja berat sendirian selalunya aku hanya tolong sikit2 saje di rumah.

4.30 aku balik rumah , masak apa yang patut then putera bongsuku pulang dengan ayahnya dari rumah emak yang menjadi hostelnya selama seminggu sepanjang musim persekolahan. Tahun ini Irsyad bersekolah Pra sekolah di Sk Berapit, mujur dapat masuk sebab ramai budak yang tak mau masuk pra.

Ada-ada saja yang perlu dibuat, letih taspi tak ada orang yang nak bantu.suami?............... faham sajelah balik umah, duduk depan TV atau mengadap Komputer, layari blogg.............

Sabar..............sabar............

Jumaat, 2 Januari 2009

Jumaat yang sedih

Aku sentiasa di stress oleh suamiku yang tidak senang dengan apa yang aku lakukan. aku boleh maafkan dia tapi dia tidak, selalu menyalahkan aku dengan kaaaaata-kata yang menyakitkan hati. Selalu berlaku penderaan emosi. Semua kerja rumah aku buat, anak aku uruskan, pi sekolah, beli buku, pakaian dll. mungkin ada yang faham tentang situasi ini. sebenarnya aku malas nak cakap lagi , `better be quiet'. Setiap masa dan ketika dia sering memberiku tension. Apa harus aku lakukan?.

Mungkin ada yang boleh membantu...............
hanya Allah Yang Maha mengetahui dan Maha Pengampun...Ya Allah berilah Petunjuk kepada suamiku supayadapat berfikir apa yang baik dan cuba renung kembali diri sendiri dan musibah atas apa yang terjadi adalah akibat perbuatan kita sendiri juga.............