Selasa, 31 Mac 2009

Persiapan menyambut Orang Besar

Hari ini , esok akan terus dibuat persiapan bagi menyambut KP KPM, masing-masing sibuk begitulah bila ada tetamu orang terkenal. Persiapan berminggu-minggu tapi datang hanya dalam 3 jam je....itulahnorang besar sentiasa sibuk..... kita pun sibuk juga kan ? kerja rumah , mengajar, kerja kerani , mengecat dll semua kita yang buat...serba serbi boleh kan...

Ahad, 29 Mac 2009

Pengarah ke skbbsl

Pagi tadi kami didatangi oleh pengarah JPN Kedah membuat tinjauan ttg persiapanmenyambut kedatangan KP KPM pada 2 April nanti. So persiapan fizikal sekolah memang perlu dipantau setiap masa, pentas pun nampaknya dapat kukuh; konkrit lagi sebelum ni kayu je.....

Aku pun siapkan mural di luar bilik pss supaya nampak ceria dan sedap mata memandang.... esok akan sambung lagi...Kerja kita sentiasa berterusan dan tak ada noktah...itulah GURU.... ada saja yang perlu dibuat.... tapi ada orang kata kerja guru releks banyak cuti.. betul ke?

Jumaat, 27 Mac 2009

LAWATAN KPM KE SKBBSL

2 April tarikh bersejarah buat SKBBSL, ketua pengarah pelajaran malaysia Dato Alimuddin akan hadir dan merasmikan mesyuarat agung pibg tahun 2009. Maka persediaan yang rapi perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Semua mesti ikut protokol. Aku sbg MC bersama seorang lagi rakan guru tapi mujurlah dia yang perlu menyediakan teks ucapan aku pembantu je.

Harap semua rakan guru akan bekerjasama menjaga identiti sekolah. Mungkin kesempatan ini diambil sempena musim mengundi bagi DUN Bukit Selambau dalam kawasan kami; sekolah jadi pusat mengundi.

Marah ada, penat pun ada

Hari ini aku bersama rakan sekali lagi ke IPDA untuk amali PJ course yang aku ambil untuk ijazah. Sehari suntuk aku di sana, marah nak tau ? sebab seorang sahaja pensyarah yang disediakan untuk menilai 89 0rang student dengan 2 jenis permainan dan setiap satu permainan dinilai 4 kemahiran.
Aku memilih bola jaring dan Tenis. tunggu punya tunggu aku dan rakan kena tunggu lagi sebelah petang; so pagi tak buat apa2. Petang jam 3 baru mula amali selepas Jumaat.

Akhirnya yang tinggal aku dan 2 orang rakan yang tinggal untuk buat permainan Tenis. Hanya aku, Sham dan bash yang buat pilihan itu. Mereka ikut je aku pilih game,katanya mudah. Memang mudah tapi itulah orang yang paling akhir balik rumah. Datang jam 7 pagi balik pula kul 5 ptg.

Syukur alhamdulillah dah selesai amali cuma exam pula yang dinanti. Terima kasih suami dan anakku Anas yang menjaga adiknya semasa bapanya keluar bermain badminton.

Rabu, 25 Mac 2009

Ubah sikapJangan bertangguh

Hidup kita penuh dengan berbagai kerja yang perlu dilakukan sama ada disedari atau pun tanpa disedari.Buatlah keputusan yang bijak supaya tidak merugikan masa depan kita. dalam kita melakukan kerja di sekolah kita juga perlu utamakan diri kita , jangan lebihkan orang lain sedangkan diri kita terabai dan ketingggalan dalam segala segi. Apa pun yang kita lakukan perlulah dimulakan dengan niat yang baik. Insyaalah Allah akan beri yang terbaik untuk kita.

Isnin, 23 Mac 2009

Relief

Bercakap bab relief ini amat sensitif bagi setiap guru. Walaupun guru itu tiada kelas pada waktu itu tapi mereka telah plan yang hendak dilakukan tiba-tiba dapat relief maka tertangguhlah apa yang dirancang. Relief pula bukan boleh duduk-duduk sahaja mesti ada proses P&P.

Sudahlah diberi tugas mengurus PSS dengan kerja yang banyak tapi masa yang kosong yang akan digunakan untuk memproses buku dsb terpaksa dipenuhi dengan waktu relief. Hari ini saje ada 2 relief yang perlu saya ganti guru yang tak datang. So peluang nak siapkan kerja2 pss tertangguh lagi. Berapa ye waktu mengajar guru pss ? Sekolah saya 20 waktu itu jumlah yang banyak berbanding dengan sekolah lain, sepatutnya waktu itu perlu dikurangkan lagi.

Ahad, 22 Mac 2009

KPM

Saya telah mengikut program Latihan EDUWEBTV pada 10 - 11 Mac yang lalu. Saya amat menghargai usaha yang telah dijalankan oleh pihak K ementerian Pelajaran Malaysia berhubung EDUWEBTV tersebut. Pada pemerhatian saya, program ini amat baik untuk guru dan murid-murid. Justeru pada hemat saya, EDUWEBTV ini hendaklah diuar-uarkan oleh pihak sekolah menerusi peranan Guru Media dan Guru Bestari. Program yang sebaik ini jika tidak diheboh-hebohkan akan merugikan guru-guru dan murid-murid. Oleh hal demikian, diharapkan semua guru dan murid dapat berhubung dengan Guru Media atau Guru Bestari untuk mendapat panduan tentang penggunaan EDUWEBTV ini kerana program ini amat bermanfaat.

Khamis, 19 Mac 2009

Semangat

Hari ni pagi lagi dah bangun untuk ke ipda sebab ada latihan amali pj. kami bertolak jam 7 dan sampai kul 8.00.

Tunggu punya tunggu.... apa yang berlaku? nak tau? latihan x jadi , masalah teknikal. Itulah OUM keluar arahan amali di ipda tapi tak ada seorang pun pensyarah ipda yang nampak. Alatan pun tak ada so nak buat amali macam mana..tambahan lagi hari ini cuti hujung minggu di kedah so siapa nak datang kerja....

Lain kali fikirlah logiknya......kalau buat di tempat tutor yang ajar student kan senang tak menyusahkan sapa-sapa pun.....

Amali PJ di IPDA

Esok 20 Mac aku kena p IPDa ada praktikal PJ untuk subjek Kegiatan Profesional(Permainan).Mujur ada rakan baik yang pergi so kami pergi bertiga.

Harap-harap dapat berjalan dengan lancar.....

Ikut suami konvo

Sabtu aku dan keluarga ikut suami ke upsi majlis rehearsal konvonya. Samapai Tg. mali jam 1.30 then rehat di Taman Bahtera dengan geng T`ganu. Jam 4 ke Dewan SITC .Jam 7.00 bertolak ke KL tidur di KL then jumpa anak ; makan malam bersama. Balik hotel tidur, Esoknya makan roti canai depan Jalan Pekeliling Maju Curry House. Jam 12 ke UPSI majlis konvo.Aku dan anak lelaki kedua masuk kedewan tapi anak yang lain duduk didewan kuliah sebab bawah umur. jam 4 keluar dewan tengok anak so tak sempat nak ambik gambar partner naik pentas .Frust sebab hujan pula.................

Suami frust tak dapat bergambar dengan family dan rakan2....

Jumaat, 13 Mac 2009

cuti oh cuti

Cuti kali ini anak perempuan bercuti ke rumah rakannya di KL. nampak gayanya akulah yang kena buat semua kerja di rumah, kalau dia ada ringanlah sikit bebanku.

Apa pun harap anak-anak ku yang kecil tu pandai-pandailah tolong kemas selepas bermain permainan mereka. Hari ni masak nasi kegemaran anak gadisku nasi merah dan ayam pedas tambahan pula ada rakannya dari KL yang tumpang bermalam sebab hari ni nak naik train sekali.
Cuti-cuti juga tapi buku kena juga baca kerna PTK dan U exam akan ditempuhi dalamhujung minggu ini.

Rabu, 11 Mac 2009

kursus eduwebtv

2 hari ini aku sibuk dengan kursus eduwebtv sampai tak sempat nak lawat blog. Memang bagus latihan yang di beri kerana G boleh guna eduwebtv untuk proses p & p kepada pelajar. Eduwebtv ni dulunya kita panggil TV Pendidikan, cuma sekarang BTP cuba nak ITkan cara penggunaannya dengan menggunakan internet.Apa yang penting objektif pengajaran kita mestilah tercapai dlm p&p wala bagaimanapun teknik atau kaedah yang dgunaka dlm pengajaran.

Esok ke sekolah spt biasa sibuk pula dengan pss dan kerja latihan murid untuk cuti sekolah pada hujung minggu ni. Anak-anak dua hari ni terabai sikit sebab mamanya sibuk berkursus. Syukur semua selamat semasa tinggal di rumah selepas waktu persekolahan.

Ahad, 8 Mac 2009

Maal Hijrah

hari ni cuti maal hijrah, aku hanya di rumah urus anak-anak manakala suamiku pula pegi memancing dengan rakannya. Memang itu aktivitinya jika sekolah bercuti tak bolehlah nak pergi jalan kemana-mana.

petang ni kena hantar anak perempuanku ke smt b`worth balik asrama. Pagi ni anak lelakiku yang di uitm seri iskandar pun akan balik ke uitm juga esok ada kelas.maka sunyilah rumah bila semua anak-anak balik ke asrama. yang tinggal hanya 3 orang yang kecil di rumah.

Esok aku ada kursus eduwebtv .com anjuran KPM di SMK Gurun selama dua hari. harap-harap kursus ini dapat dimanfaatkan untuk pelajar menerusi tvp ; pss sekolah.

apa-apa pun I will do he best for SKBBSL Library.

Jumaat, 6 Mac 2009

Relax

Aku pagi ni ke sekolah ada kelas sbt, then buat kerja pss dengan beberapa orang pengawas pss yang rajin nak datang bantu aku.
Fikir2 mungkin nak pilih pelajar ini jadi ketua . Apa pun aku cuba buat yan terbai.
partner aku hari ni tak ada semalam pergi seberang dengan membernya yang nak jumpa kawan. Teman rapat so kena temanlah nampaknya Aku nak ikut tapi diberinya...... apa nak buat........
Nasib badan...................jangan nanti tak bawa aku p konvo upsi dah le........ mogok ..........