Isnin, 23 Mac 2009

Relief

Bercakap bab relief ini amat sensitif bagi setiap guru. Walaupun guru itu tiada kelas pada waktu itu tapi mereka telah plan yang hendak dilakukan tiba-tiba dapat relief maka tertangguhlah apa yang dirancang. Relief pula bukan boleh duduk-duduk sahaja mesti ada proses P&P.

Sudahlah diberi tugas mengurus PSS dengan kerja yang banyak tapi masa yang kosong yang akan digunakan untuk memproses buku dsb terpaksa dipenuhi dengan waktu relief. Hari ini saje ada 2 relief yang perlu saya ganti guru yang tak datang. So peluang nak siapkan kerja2 pss tertangguh lagi. Berapa ye waktu mengajar guru pss ? Sekolah saya 20 waktu itu jumlah yang banyak berbanding dengan sekolah lain, sepatutnya waktu itu perlu dikurangkan lagi.

Tiada ulasan: