Jumaat, 27 Mac 2009

Marah ada, penat pun ada

Hari ini aku bersama rakan sekali lagi ke IPDA untuk amali PJ course yang aku ambil untuk ijazah. Sehari suntuk aku di sana, marah nak tau ? sebab seorang sahaja pensyarah yang disediakan untuk menilai 89 0rang student dengan 2 jenis permainan dan setiap satu permainan dinilai 4 kemahiran.
Aku memilih bola jaring dan Tenis. tunggu punya tunggu aku dan rakan kena tunggu lagi sebelah petang; so pagi tak buat apa2. Petang jam 3 baru mula amali selepas Jumaat.

Akhirnya yang tinggal aku dan 2 orang rakan yang tinggal untuk buat permainan Tenis. Hanya aku, Sham dan bash yang buat pilihan itu. Mereka ikut je aku pilih game,katanya mudah. Memang mudah tapi itulah orang yang paling akhir balik rumah. Datang jam 7 pagi balik pula kul 5 ptg.

Syukur alhamdulillah dah selesai amali cuma exam pula yang dinanti. Terima kasih suami dan anakku Anas yang menjaga adiknya semasa bapanya keluar bermain badminton.

Tiada ulasan: