Isnin, 14 Disember 2009

hiburkan anak2

Jumaat lalu aku dan suami membawa anak2 bercuti ke kl tanah tempat kelahiran mereka. setiap tahun kami akan mencari ruang untuk bercuti ke kl. Dalam perjalanan suamiku mencadangkan kami naik dulu ke puncak genting sebab semuanya belum pernah menaiki cable car walaupun telah ke GH dah beberapa kali. ternyata anak bongsuku amat seronok menaiki cable car walaupun pada mulanya rasa takut.....Ramainya orang ambil masa hampir 1 jam berbaris untuk menaiki cable car. 2008 kami ke langkawi katanya nak naik cable car kat gunung matcincang tapi sebab ramai sangat orang kami batalkan, hanya tengok orang saja...........then kami teruskan perjalanan ke kl. ini satu lagi anak bongsuku suka naik `train' berulangkali nak naik.........kebetulan suami ke UPSI dengan urusannya aku dan anak2 naik train; padaku itu perkara biasa sebab masa aku di kl selalu naik bas mini, teksi, putra lrt, jadi tak rasa takut walaupun tidak lagi menetap di kl. Nostalgia kepada anak2 , suami n aku..............

Jumpa lagi kl !!!!!!!!

Tiada ulasan: