Rabu, 31 Disember 2008

persiapan terakhir anak

Pagi ni aku bangun awal jam3.30, suamiku ke laut bersama rakannya. Tolong suami bungkus nasi lemak untuk dirinya dan rakan2. Jam 9 aku ke SK Amanjaya beli buku ankku yang tahun 2;Aimi namanya. Beli t- shirt n trek.Kemudian aku ke Bank Islambank-in wang untuk anakku Nu`man, then balik terus ke SKBBSL tengok PSS apa yang patut di buat. Kemas sikit bilik yang aku nak habiskan masa di situ. Mujur anak perempuanku Aliaa` turut membantu mengemas dan menyapu sampah. Tahulah dulu penyelarasnya lelaki tak bersih langsung habuk je bila di lap dengan jari.
Jam 12.30 aku balik rumah tengok apa yang patut dibuat. Relaks baca newspaper, hari ni tak masak lunch sbb banyak lagi nasi lemak yang dimasak anak pun tak makan. Senang kalau suami tak ada, makan apa yang patut untuk diet... kan..

Tiada ulasan: