Isnin, 25 Mei 2009

Sem. Baru

Minggu depan walaupun sekolah bercuti tapi aku ada kelas sbt dan kuliah aku bermula 30 Mei ini, tutor baru, buku baru, soalan tugasan pun dah keluar so apa lagi kenalah perah otak nak jawab, tengok tu berat juga.....

Tapi dikesempatan cuti ini aku dan hubby akan ke luar negeri.... dekat-dekat je.....doakan kami selamat pergi dan kembali.....amin...

Rabu, 20 Mei 2009

Hadish Khas

Sempena hari guru aku dihadiahi anugerah khas ( bilik Khas terbaik iaitu PSS) yang dibawah jagaanku. terima kasih kepada pengurusan sekolah yang telah memberi kepercayaan kepadaku, harapan agar dapat jadi pss yang cemerlang ....

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Aku ucapkan selamat hari guru untuk semua rakan yg sama2 satu sek. diSMK St mary KL,SMK seksyen 5 WM KL, smk dato` idris, perak, smkkkm, sksl, skbbsl yang mengenali diriku dan juga cikgu2 yang pernah mengajarku ilmu dunia dan akhirat.

`SELAMT HARI GURU'

Khamis, 14 Mei 2009

Modul Sem ester Mei

Hari ini aku dan Sham ke OUM PPW Kedah untuk ambil modul; selalunya student tak ramai hari ramai pula dah tu selepas berbaris hampir 1 jam modul pula tak ada, itu rakan aku, aku pula hanya dapat 2 je 1 lagi belum ada.... so kena la datang next time..

Selasa, 12 Mei 2009

Kepuasan berbengkel

Bengkel atau kursus yang dijalankan akan meninggalkan kesan sekiranya pelajar dapat membuat atau melakukan apa yang disampaikan oleh fasilitator. Peserta diberi peluang buat penjilidan buku sendiri, aku berasa sungguh puas dan ingin buat lebih lagi.

Begitu juga dengan anak didik kita jika diberi peluang mencuba mereka juga akan rasa seronok dan akan timbul satu kepuasan dalam diri. Walau pun letih tetapi puas dapat pengalaman dan pelajaran yang berkesan.

TQ fasilitator dari IPSAH yang tak jemu memberi tunjuk ajar, penyelaras pkg en. Meskor Tulha moga lain kali kursus yang lebih lagi dapat diberi.

Ahad, 10 Mei 2009

Bengkel Penjilidan Buku

Esok 11 mei aku ada bengkel penjilidan buku di pkg bersama rakan guru dari sekolah lain, 3 hari bengkel tu diadakan. tadi lepas sekolah aku ke stationery cari bahan2 yang perlu dibawa, di sekolah semua bahan tak ada.....terpaksalah p cari sendiri....2/ 3 kedai perlu singgah untuk dapatkan bahan2. ap pun aku puas kerna semua telah lengkap.

Jumaat, 8 Mei 2009

Layan anak

semalam anakku syafiq dan alia call.... mak nk duit.... so petang ni kenalah p jumpa kawanku n jumpa alia kat smt b`worth....
Sapa punya anak tahulah ragam mereka.....kecil lain cara... besar sekolah... lain pula....
semalam hubby outstation so ptg ni dia dah ada boleh p sama2...

Khamis, 7 Mei 2009

rutin biasa

seperti biasa hari jumaat aku ke sekolah ; sbt atau kemas pss... 2 jamkemudian balik rumah masak untuk makan tengah hari,cuci pakaian,kemas rumah dll..

Ingat nak rehat kejap.... partner tak ada outstation....

Isnin, 4 Mei 2009

kembali ke sekolah

setelah dua hari bercuti kini aku kembali ke sekolah......banyak kerja yang perlu dibereskan.
Urus anak2 dan urusan rumah tangga. macam2........................
Cuba tenangkan jiwa dan emosi dan bereskan semua kerja..............

Sabtu, 2 Mei 2009

jiwa kosong

Sabtu cuti lagi tapi jiwaku kosong tiada apa yang boleh diperkatakan walaupun orang lain berseronok bercuti bersama keluarga. aku hanya dirumah menghabiskan masa menanti malam tiba dan esok akan menjelang lagi..... Tiada komunikasi yang berkesan yang dapat dijalankan..................manusia................hanya manusia yang tahu .............. orang yang terlibat je yang tahu...............perasaan, emosi,..........hati...............jiwa................akal yang ...........tabahkan hatimu kawan.............