Isnin, 15 Jun 2009
Kuiz Kesihatan
Esok 17 Jun aku ditugaskan menjadi JuruKuiz Kesihatan di SK Sg Pasir Kecil, tak tau lagi jalannya kerna itu pertama kali aku akan kesana.... apa pun cubalah moga semua akan berjalan dengan lancar dan sukses....
Sabtu, 13 Jun 2009
bercuti ke kelantan
Minggu kedua cuti aku bersama anak-anak dan suami pulang kekampungnya untuk melawat bapa mertuaku yang telah tua. anakku yang bongsu beria-ia hendak balik rumah tokwan dan jumpa sepupunya aiman..... penat tapi puas dapat melayan anak-anak mandi pantai dan singgah ke pasar Wakaf Che Yeh, banyak gerai dan ramai yang membeli belah, kebetulan cuti sekolah. Tengok barang semua nak beli kerna harganya agak murah berbanding tempat sendiri terutamanya tudung ekin.... tudung permaisuri.dll.............
Kalau kesana tentu semua tak akan lepas peluang ......
Kalau kesana tentu semua tak akan lepas peluang ......
Sabtu, 6 Jun 2009
Bercuti ke Phuket
pandangan dari bilik hotel di Phuket

Selama 4h 3mlm saya dan partner bercuti ke Phuket.Ini kali pertama saya ke sana tapi suami dah biasa pergi. seronok juga tapi badan penat sebab pergi dengan bus.Join rakan-rakan pergi dalam group.Melawat Patong Beach, tempat tsunami, Kata Beach, sekolah Muslim Wittara School, Bangla Road, Kilang beg,dll. Kami juga pergi snorkling ke Phi Phi Island. Balik singgah di Hatyai. Penat badan tak terkira. Hari ni ke rumah kenduri 4 buah rumah rakan suami.
Isnin, 25 Mei 2009
Sem. Baru
Minggu depan walaupun sekolah bercuti tapi aku ada kelas sbt dan kuliah aku bermula 30 Mei ini, tutor baru, buku baru, soalan tugasan pun dah keluar so apa lagi kenalah perah otak nak jawab, tengok tu berat juga.....
Tapi dikesempatan cuti ini aku dan hubby akan ke luar negeri.... dekat-dekat je.....doakan kami selamat pergi dan kembali.....amin...
Tapi dikesempatan cuti ini aku dan hubby akan ke luar negeri.... dekat-dekat je.....doakan kami selamat pergi dan kembali.....amin...
Rabu, 20 Mei 2009
Hadish Khas
Sempena hari guru aku dihadiahi anugerah khas ( bilik Khas terbaik iaitu PSS) yang dibawah jagaanku. terima kasih kepada pengurusan sekolah yang telah memberi kepercayaan kepadaku, harapan agar dapat jadi pss yang cemerlang ....
Jumaat, 15 Mei 2009
Selamat Hari Guru
Aku ucapkan selamat hari guru untuk semua rakan yg sama2 satu sek. diSMK St mary KL,SMK seksyen 5 WM KL, smk dato` idris, perak, smkkkm, sksl, skbbsl yang mengenali diriku dan juga cikgu2 yang pernah mengajarku ilmu dunia dan akhirat.
`SELAMT HARI GURU'
`SELAMT HARI GURU'
Khamis, 14 Mei 2009
Modul Sem ester Mei
Hari ini aku dan Sham ke OUM PPW Kedah untuk ambil modul; selalunya student tak ramai hari ramai pula dah tu selepas berbaris hampir 1 jam modul pula tak ada, itu rakan aku, aku pula hanya dapat 2 je 1 lagi belum ada.... so kena la datang next time..
Langgan:
Catatan (Atom)