Jumaat, 30 Januari 2009

cuti jumaat 30 januari

Hari ini aku bangun awal pagi cuci baju dan kemas rumah, lepas masak pula. Suamiku awal-awal lagi selepas subuh pergi memancing di Pulau Bidan berdekatan perairan Merbok. Katanya kawan sponsor pi memancing .dah 3 hari berturut-turut pergi memancing tapi ikannya tak dapat pun.

Kadang kala aku rasa lebih baik beli je ikan tenggiri kat pasar dengan harga bayaran bot yang boleh membeli 2 ekor ikan tenggiri yang besar.

Aku berharap suamiku dan kawan2nya selamat memancing.

Khamis, 29 Januari 2009

Khamis 29/01/09

Aslmk,
Hari ni aku awal ke sekolah kerana suami dan anakku Aimi tidak bersekolah. jam 7 dah tiba di sekolah, then tengok budak RMT. waktu perhimpunan perjumpaan dengan murid yang ingin masuk B. Jaring. Kelas sampai jam 11.15 kemudian free. Kul 1.15 hantar Anas balik. kul 1.45 hinnga jam 3.45 ada kelas SBT.Petang jam 5 pi semula kesekolah ada latihan bola jaring. 7 ptg aku dah ada kat umah. 7.30 ke pasar malam cari apa yang patut untuk dimakan.

Sekarang rehat sambil layari blog.

Rabu, 28 Januari 2009

Rabu 28 /01/09

Aku bersekolah seperti biasa, anakku aimi dan suamiku tidak bersekolah.sekolah mereka cuti.Bila balik rumah jam 2 aku dapati suamiku tiada di rumah , rupanya dia p memancing dengan rakan2nya di Pantai Merdeka. Bukan dapat ikan pun tapi kepuasan dapat memenuhi masa yang terluang.

Aku cuci baju, cuci pinggan yang penuh dalam sinki, suamiku tidak membantuku mencuci pakaian dan pingganmangkuk. nasib badan.Pembantu tiada, walaupun kita bekerja tapi di rumh pun kita juga yang kena buat. Lelaki senang saje rasa boring keluar rumah bukan nak membantu isteri mencuci baju.

Nasib badan...................

Isnin, 26 Januari 2009

Isnin 26 jan`09

Aku ke sekolah jam 11.30 pagi untuk mengecat pss yang belum siap . Hari ni jam 5 baru aku siap cat luar pss dengan anak perempuanku.
penat tak terkata, letih dan lenguh kaki. Malam ni nak tidur awal sebab letih.

Sabar..................... sabar...............

Ahad, 25 Januari 2009

Ahad 25 Jan`09

Hari ini aku masak awal pagi lagi kerana aku dan suami akan ke majlis kenduri rakan gurunya di Kota Kuala Muda. Jam 12.00 kami tiba tuan rumah belum bersdia lagi sibuk di dalam sbb orang baru habis marhaban.

Jam 1.00 kami ke rumah sepupuku di Binjol Kuala ketil.kenduri kahwin anaknya.Kami berlima dan abang serta emak satu kereta.
Suamiku cepat je nak balik sebab ada games tennis di tv. memang minatnya dalam semua games.

Balik, tidur then jam 5.30 bangun untuk siapkan makan malam. sayur sawi dan ikan goreng je serta ayam pedas.
Cuti ni relax le.....................

Jumaat, 23 Januari 2009

Jumaat 23 Jan`09

Hari ini aku bersama sami dan kawannya ke hatyai untuk membeli barang2 yang dipesan oleh kawan. kami sampai rumah jam 9 malam an terlalu letih , now suami telah tidur aku menulis blog, kejap lagi nak tidur .Letih............. malam ni ada kerja lagi yang nak dibuat dibuat.

letih nak tidur....................

Selasa, 20 Januari 2009

20 Jan.`09

hari ini aku seperti biasa ke sekolah dan ambil anak , hantar ana ke kelas kafa. Mesin basuh masih lagi tak boleh digunakan. Malam ni pomen datang merawat, maybe kena tukar dia punya master RM800. mahal, dahlah beli mesin basuh pun harga rm3000, servis pun mahal.

Kelmarin dan hari ni guna masin lama tapi masih berfungsi lagi kepada tuannya.

harap-harap baik le mesin tu.