Selasa, 31 Mac 2009
Persiapan menyambut Orang Besar
Hari ini , esok akan terus dibuat persiapan bagi menyambut KP KPM, masing-masing sibuk begitulah bila ada tetamu orang terkenal. Persiapan berminggu-minggu tapi datang hanya dalam 3 jam je....itulahnorang besar sentiasa sibuk..... kita pun sibuk juga kan ? kerja rumah , mengajar, kerja kerani , mengecat dll semua kita yang buat...serba serbi boleh kan...
Ahad, 29 Mac 2009
Pengarah ke skbbsl
Pagi tadi kami didatangi oleh pengarah JPN Kedah membuat tinjauan ttg persiapanmenyambut kedatangan KP KPM pada 2 April nanti. So persiapan fizikal sekolah memang perlu dipantau setiap masa, pentas pun nampaknya dapat kukuh; konkrit lagi sebelum ni kayu je.....
Aku pun siapkan mural di luar bilik pss supaya nampak ceria dan sedap mata memandang.... esok akan sambung lagi...Kerja kita sentiasa berterusan dan tak ada noktah...itulah GURU.... ada saja yang perlu dibuat.... tapi ada orang kata kerja guru releks banyak cuti.. betul ke?

Jumaat, 27 Mac 2009
LAWATAN KPM KE SKBBSL
2 April tarikh bersejarah buat SKBBSL, ketua pengarah pelajaran malaysia Dato Alimuddin akan hadir dan merasmikan mesyuarat agung pibg tahun 2009. Maka persediaan yang rapi perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Semua mesti ikut protokol. Aku sbg MC bersama seorang lagi rakan guru tapi mujurlah dia yang perlu menyediakan teks ucapan aku pembantu je.
Harap semua rakan guru akan bekerjasama menjaga identiti sekolah. Mungkin kesempatan ini diambil sempena musim mengundi bagi DUN Bukit Selambau dalam kawasan kami; sekolah jadi pusat mengundi.
Harap semua rakan guru akan bekerjasama menjaga identiti sekolah. Mungkin kesempatan ini diambil sempena musim mengundi bagi DUN Bukit Selambau dalam kawasan kami; sekolah jadi pusat mengundi.
Marah ada, penat pun ada
Hari ini aku bersama rakan sekali lagi ke IPDA untuk amali PJ course yang aku ambil untuk ijazah. Sehari suntuk aku di sana, marah nak tau ? sebab seorang sahaja pensyarah yang disediakan untuk menilai 89 0rang student dengan 2 jenis permainan dan setiap satu permainan dinilai 4 kemahiran.
Aku memilih bola jaring dan Tenis. tunggu punya tunggu aku dan rakan kena tunggu lagi sebelah petang; so pagi tak buat apa2. Petang jam 3 baru mula amali selepas Jumaat.
Akhirnya yang tinggal aku dan 2 orang rakan yang tinggal untuk buat permainan Tenis. Hanya aku, Sham dan bash yang buat pilihan itu. Mereka ikut je aku pilih game,katanya mudah. Memang mudah tapi itulah orang yang paling akhir balik rumah. Datang jam 7 pagi balik pula kul 5 ptg.
Syukur alhamdulillah dah selesai amali cuma exam pula yang dinanti. Terima kasih suami dan anakku Anas yang menjaga adiknya semasa bapanya keluar bermain badminton.

Rabu, 25 Mac 2009
Ubah sikapJangan bertangguh
Hidup kita penuh dengan berbagai kerja yang perlu dilakukan sama ada disedari atau pun tanpa disedari.Buatlah keputusan yang bijak supaya tidak merugikan masa depan kita. dalam kita melakukan kerja di sekolah kita juga perlu utamakan diri kita , jangan lebihkan orang lain sedangkan diri kita terabai dan ketingggalan dalam segala segi. Apa pun yang kita lakukan perlulah dimulakan dengan niat yang baik. Insyaalah Allah akan beri yang terbaik untuk kita.
Isnin, 23 Mac 2009
Relief
Bercakap bab relief ini amat sensitif bagi setiap guru. Walaupun guru itu tiada kelas pada waktu itu tapi mereka telah plan yang hendak dilakukan tiba-tiba dapat relief maka tertangguhlah apa yang dirancang. Relief pula bukan boleh duduk-duduk sahaja mesti ada proses P&P.
Sudahlah diberi tugas mengurus PSS dengan kerja yang banyak tapi masa yang kosong yang akan digunakan untuk memproses buku dsb terpaksa dipenuhi dengan waktu relief. Hari ini saje ada 2 relief yang perlu saya ganti guru yang tak datang. So peluang nak siapkan kerja2 pss tertangguh lagi. Berapa ye waktu mengajar guru pss ? Sekolah saya 20 waktu itu jumlah yang banyak berbanding dengan sekolah lain, sepatutnya waktu itu perlu dikurangkan lagi.

Ahad, 22 Mac 2009
KPM
Saya telah mengikut program Latihan EDUWEBTV pada 10 - 11 Mac yang lalu. Saya amat menghargai usaha yang telah dijalankan oleh pihak K ementerian Pelajaran Malaysia berhubung EDUWEBTV tersebut. Pada pemerhatian saya, program ini amat baik untuk guru dan murid-murid. Justeru pada hemat saya, EDUWEBTV ini hendaklah diuar-uarkan oleh pihak sekolah menerusi peranan Guru Media dan Guru Bestari. Program yang sebaik ini jika tidak diheboh-hebohkan akan merugikan guru-guru dan murid-murid. Oleh hal demikian, diharapkan semua guru dan murid dapat berhubung dengan Guru Media atau Guru Bestari untuk mendapat panduan tentang penggunaan EDUWEBTV ini kerana program ini amat bermanfaat.
Langgan:
Catatan (Atom)